Geng Warung Pak Jabit

Selasa, 24 April 2012

Warna dan sifat dalamannya - Hotel Putra

Menurut pengkajian pakar psikologi, berkenaan kecenderungan terhadap warna. Warna dikatakan berkaitan dengan sifat yang ada dalam diri manusia sama ada secara sedar atau tidak disedari.

Aku memang menyukai warna hitam, baju, seluar, dan barangan boleh dikatakan sebahagiannya berwarna hitam. Entah mengapa aku begitu menyukai warna hitam. Adakah disebabkan mudah untuk dibasuh ataupun mengelakkan setiap kotoran tidak kelihatan ? Mungkin.......
----------------
--------------
------------------------------------------------------------------------------------
WARNA HITAM

KELEBIHAN:

- seorang fokus;
- seorang yang pantas bertindak;
- seorang yang tegas dalam tugas.

KEKURANGAN:

- seorang yang tidak suka dibantah setiap cadangannya;
- mudah "panas baran" akan perkara yang dianggap dirinya betul.

Namun, apabila dihuraikan oleh pakar tersebut, akan kecenderungan manusia yang meminati warna hitam, jawapan dari beliau diperolehi, namun bukanlah aku mempercayainya, tidak sama sekali.

Bingkisan Hati - Hotel Putra KL

Dalam meniti hari, berperangnya aku dengan nafsu, nafsu yang rakus membawa kelalaian pada diri. Mengenali wanita, itulah saat mengenali erti cinta, kasih dan sayang. Namun, itulah pandangan cinta nafsu, iaitu sayang pada awalnya, benci pada akhirnya.

Pandangan sebegini salah dari segi fitrah, sedangkan rasa cinta telah pun lama terpendam, iaitu kasih sayang Allah dan cinta Rasulullah s.a.w. Kasih sayang Allah dikurniakan wanita solehah......, wanita solehah yang sering memperingatkan diri, mengenalinya satu anugerah, kurniaan Allah sebagai penyejuk mata hati.
-----------------------------------------------------------
Wanita berbaju ungu memikirkan keadaan dirinya, sedang berinterksi dengan hatinya sendiri, ditanya persoalan demi persoalan. "Dahulu aku bukan begini, berhijab menutup dada, pemakaian sarung tangan dan kaki dan keseluruhannya menutup aurat demi menjaga kehormatan diri. Kesan taat setia rasa cinta pada sang kumbang yang penuh dedikasi, pemuda yang berpendidikan Al-Azhar, Mesir. Setiap hari, dinasihati dirinya, tidak kering dan kelu lidahnya. Inilah yang membuatkan diriku dibuai cinta....... cinta tersemat dan terkumat mati.

Tetapi setelah ditinggalkan, kembali pada asalnya...... Seperti kehilangan arah kemudi, kompas yang hilang membuatkan diri tersesat dipersimpangan... kiri atau kanan ? belakang atau depan ? ooohh.... dimanakah aku...... ? 


p/s: sahabat sentiasa membantu, InsyaAllah.


Jumaat, 13 April 2012

ISU: Undang - Undang

Dunia yang semakin hari semakin tenat dan nazak......
Musibah dan bala datang tanpa disangka. Siapakah kita untuk menolak kuasa Allah !!! kuasa apakah  yang kita ada ? Semestinya manusia itu lemah...., berdiri, makan dan minum hanyalah cebisan tenaga yang dikurniakan dari Allah. 

(Muhasabah diri sendiri)

Dunia yang semakin hari semakin tenat dan nazak...... 
Kecerdikan manusia membuatkan dirimu sombong !!!! bumi siapa kamu tinggal.... jika sombong, carilah bumi sendiri.

(Muhasabah diri sendiri)

Dunia yang semakin hari semakin tenat dan nazak...... 
Undang-undang agama ciptaan manusia semestinya mempunyai keburukan, malah tidak menjamin kesejahteraan yang berkekalan. Dimanakah Undang-undang Quran.....? Sedangkan, itulah perlembagaan hakiki yang tidak boleh ditukar ganti, KEKAL, TEGUH DAN ASLI.

(Muhasabah diri sendiri)





Khamis, 5 April 2012

Dimana Keangguhanmu !!!!


JASAD ARIEL SHARON (BEKAS PERDANA MENTERI ISRAEL) TAK DITERIMA BUMI.

Sharon Pemimpin zalim!
1. bayangkan sharon mengambil seorang bayi daripada ibunya dan dilempar bayi itu ke dinding.
2. bayangkan seorang gadis berusia 10 tahun yang dirogol dengan kejam dan akhirnya matanya telah diambil.
3. bayangkan sekumpulan keluarga, disuruh beratur depan rumah, dan ditembak.
4. bayangkan wanita hamil, dirogol, dengan kaki terbuka luas, dan akhirnya perut wanita dihiris, meninggalkan perempuan ini ke dalam kematian berdarah bersama kandungannya.dan semua mangsa itu adalah umat Islam Palestin yg ditindas Ariel Sharon.

=====================================

Lihatlah betapa zalimnya yahudiAriel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya. Anak-anak kecil Palestin perlu mengenal erti keganasan, peperangan kerana sikap binatang Ariel Sharon. Hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 4 tahun koma.

Sehinggakan…….Sehinggakan media di seluruh dunia terutamanya media barat berasa malu untuk menerbitkan gambar-gambar keadaan Ariel Sharon yang ada pada hari ini. Tiada yang mustahil. Mungkin inilah yang harus “ditelan” oleh Ariel Sharon di atas ribuan nyawa dan kezaliman yang dilakukan selama ini ke atas rakyat Palestin.Kini Ariel Sharon yang berusia 81 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yang merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga umur 90 tahun. Wallahualam.. Sebarkan!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...