Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 27 Januari 2014

NAMA AKU FACEBOOK Siri-2

Aku yang sulung daripada tiga beradik. Adik kedua namanya Twitter dan yang bongsu namanya Instagram.

Aku digunakan dengan pelbagai cara. Kalau hidup ingin menyepi jangan guna diri aku. Duduk diam-diam, atau baca novel ayam dan itik.

Ada pengguna yang memuat naik gambar makanan yang dimasak atau dibeli seperti donut, nasi ayam, coklat, sebagai makluman kepada rakan baiknya. Pengguna yang negatif berkata ini sikap yang melucukan.

Ada juga pengguna yang memuat naik gambar keluarga, dan gambar diri sendiri sama ada bergaya dan bersahaja. Pengguna yang negatif berkata ini sikap yang melucukan.

Ada juga pengguna yang memuat naik gambar anak, isteri dan suami. Barangkali rasa bahagia kerana pertama kali mendapat cahaya mata, bulan madu, dan sebagainya. Pengguna yang negatif berkata ini sikap yang melucukan.

Hakikatnya, pengguna yang berkata negatif kadangkala melakukan hal yang sama. Sebelum membuat kesimpulan pada sesuatu perkara, semak dahulu status anda beberapa minit, sejam, bulan dan tahun yang lepas.

Tidakkah anda terfikir pengguna lain juga akan membuat kesimpulan yang sama pada status atau setiap yang kamu kongsikan? Jawapannya ada pada pengguna aku.



"Selamat melalui kehidupan yang INDAH"

Hak Cipta Terpelihara 2014



Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...