Geng Warung Pak Jabit

Khamis, 2 Januari 2014

Bicara Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamed

Bicara ilmu tasawuf. Ilmu tentang jiwa. Kerosakan dan penyakit yang sukar diubati.

Info untuk perkongsian:

“Bukanlah orang yang gagah berani itu lantaran dia cepat melawan musuhnya di dalam pertempuran, tetapi orang yang berani ialah orang yang boleh menahan dirinya dari kemarahan” (Hadis riwayat Abu Daud)

Imam Qusayiri menerangkan bahawa mujahid ialah mereka yang berusaha membebaskan diri dari kekangan hawa nafsu yang menjadi sifat manusia, dan berusaha mengendalikan diri serta tidak memperturutkan kehendaknya dalam kebanyakan waktunya.

Imam Ghazali menerangkan erti mujahadah iaitu kesungguhan dalam menyingkirkan nafsu kebinatangan dan syahwat atau menghapuskannya sama sekali.

Penyucian jiwa bermula dengan dengan niat untuk berubah, taubat, dan menggali ilmu Allah.

=================

-Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamed dan barisan ulama yang lain.-

SELAMAT TAHUN BARU 2014







Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...