Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 27 Januari 2014

NAMA AKU FACEBOOK

Aku dicipta dengan akal manusia. Sungguh hebat akal pemberian Yang Maha Kuasa. Aku boleh mendatangkan manfaat kepada pengguna. Manfaatnya seperti berhasil mencari teman lama, perkongsian maklumat, pemberitahuan agenda kegiatan dan undangan kepada anggota, berkongsi kegembiraan untuk tatapan sahabat dan lain-lain.

Keburukkan juga boleh datang daripada aku seperti sebaran fitnah, bertikam lidah sehingga wujud pergaduhan, menyatakan aib diri, orang lain dan sebagainya. Contohnya menyatakan masalah dengan pasangan, dengan alasan mahu mencari penyelasaian, akhirnya pengguna telah membuka seluas-luasnya pekung dan rahsia kepada pihak luar.

Soal riak, sombong, ujud juga boleh datang daripada aku. Apapun, sebagai manusia yang tahu akan keadaan seperti ini, berhati-hati. Bukankah pengguna lebih tahu dan bijak berbanding dengan aku?

Namun, perlu diingatkan kepada pengguna yang melihat status pengguna lain, jangan cepat berburuk sangka. Masing-masing mempunyai persepsi yang berbeza. Mana mungkin manusia itu sama dari segi nilai kritik dan andaian. Jika pengguna tidak suka dengan perkongsian pengguna lain, mohon ‘unfriend’, itu lebih baik daripada terus mengumpat atau mencaci.

"Jangan menyalahkan aku dalam segala hal. Pengguna aku sebilangan besarnya ialah manusia. Jika ‘keyboard’ dan tetikus boleh bergerak dengan sendiri, itu petanda pengguna aku ialah polong, langsuir, toyol, jerangkung dan bunian. Akulah laman sosial, bukannya tandas yang sekadar duduk menyepi"




Hak Cipta Terpelihara 2014





Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...