Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 27 Januari 2014

Fenomena Facebook Siri-2

Dua kategori fenomena facebook. Pertama ialah fenomena yang diperlihatkan secara kasar. Kedua ialah fenomena yang diperlihat secara tersembunyi.

1. Fenomena yang diperlihatkan secara kasar:

i. Berita yang belum pasti kebenarannya. Hasilnya FITNAH.

ii. Menunjukkan kemewahan harta tanpa motif. Hasilnya RIAK.


2. Fenomena yang diperlihat secara tersembunyi. Barangkali, seseorang itu sekadar berkongsi rasa gembira. Hati boleh terubat dengan kaedah dan cara ini. Kata orang "kadang kala menjadi ubat pada penyakit kemurungan dan tekanan". Namun, bagi yang menilai, jangan buruk sangka, ia juga SIFAT TERCELA. Seperti di bawah:

i. Mempamerkan kejayaan keluarga dan sahabat.

ii. Mempamerkan rasa syukur seperti ucapan yang baik.

iii. Mempamerkan penulisan status yang baik.

iv. Perkongsian ilmu dan pengalaman bermanfaat.

v. Gambar diri sendiri, suami, isteri dan anak. Kepada yang ingin mengecapi sebahagian dari rasa bahagia, segera berkahwin.


"Waspada,..... sifat tercela ada dimana-mana. Ia boleh datang tanpa disangka, tidak mengira ia seorang ustaz, ustazah ataupun tokoh ternama. Niat tidak menghalalkan cara."


Hak Cipta terpelihara 2014




Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...