Geng Warung Pak Jabit

Selasa, 6 Mei 2014

KATA BELIA KOTA

Seorang anak muda yang bekerja di sebuah kota metropitan meluahkan rasa hati, " kekerapan pulang ke kampung dilihat dari segi kewangan. Bukan tidak mahu ziarah ibu dan ayah. Walau hakikatnya, setiap bulan kewajiban nafkah untuk mereka, bergantung pada kemampuan. Ada yang selalu memandang orang yang tidak kerap pulang ke kampung ialah seorang yang tidak mengenang jasa. Orang yang sering berkata begitu ialah seorang yang berhati busuk, dan tidak setanding dengan profesional yang mereka miliki".

Katanya lagi "sebelum mereka pulang ke kampung, perkara pertama yang difikirkan ialah perbelanjaan untuk keluarganya sendiri, jumlah bayaran minyak petrol, tol, duit kepada orang tuanya, dan lain-lain perbelanjaan".

Kawannya menjelaskan, "inilah cabaran selaku anak. Kita ada cabaran yang berbeza. Adakalanya sama. Kekerapan ziarah itu jangan bergantung pada bilangan jumlah hari. Tapi kerap itu boleh berdasarkan bulan, atau jumlah dalam setahun. Jangan disamakan dengan orang yang berada di negeri mereka sendiri, itu pun ada sebahagiannya yang tidak singgah melihat orang tuanya, jika sudah tiada keduanya, ziarahlah orang yang mempunyai ikatan saudara selepas ibu ayah. Allah tahu isi hati".



Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...