Geng Warung Pak Jabit

Selasa, 6 Mei 2014

HARGA RUMAH MEMBENTUK SUASANA BERFIKIR.

"Kuala Lumpur dan kawasan yang berhampiran dengan KL iaitu Selangor mencatatkan harga rumah yang tertinggi di Malaysia. Harga rumah pangsapuri sama nilai dengan harga banglo di negeri aku", kata kawan yang berasal dari negeri Kelantan.

"Harga teres di Kuala Lumpur, bersamaan tiga buah rumah banglo di pantai timur. Teres 2.3 juta harga yang ditawarkan", kata kawan yang berasal dari negeri Terangganu.

"Kebanyakan anak muda lebih membanggakan dan mementingkan membeli kereta mewah daripada memiliki sebuah rumah, walaupun rumah kos sederhana. Barangkali rasa gah bila pulang ke kampung", jelas kawan yang berasal dari negeri Pahang.

"Harga sewa rumah pangsapuri di kawasan aku telah mencecah RM1400. Sama seperti membayar bulanan rumah banglo hak milik di negeri aku", kata kawan yang berasal dari negeri Kedah.

"Pentingnya perancangan dari mula. Tapi perlu diingat, Allah meletakkan sesuatu pada tempat yang adil. Ketepikan pendapat sinis orang yang tidak pernah melalui suasana di kota dan asyik berbangga bekerja di tempat yang jauh dari kota. Rezeki ada dimana-mana", kata kawan yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar, berasal dari Negeri Sembilan.

-Dilema belia kota-



Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...