Geng Warung Pak Jabit

Selasa, 20 Mei 2014

GURU TAFSIR

Berjalan kaki ke sekolah menjadi rutin harian. Kadang-kadang tumpang motosikal kawan. Waktu pagi, nasyid Asma al Husna dialunkan beramai-ramai. Lagu wajib untuk sekolah agama maahad. Sesi pelajaran pagi sudah bermula iaitu subjek tafsir.

"Nor, baca surah hafalan berserta pengertiannya", jelas guru disiplin, ustaz Zulkifli. Memberanikan diri pergi ke hadapan. Sudah tahu apa hukumannya. Pelajar lain diam membisu.

10 ayat lancar dibaca, ayat ke-11 sudah tersekat bacaannya.

"Kamu tidak hafal?", tanya guru, nada suara yang tinggi. Rotan digenggam. Aku hanya tunduk. Takut.

"paaaaaaap", rotan singgah ke bahu kanan. Sakitnya bukan kepalang.

"Keluar, kamu pergi di tengah padang, berdiri". Tiga jam berdiri dibawah sinaran mentari pagi. "Tidak mengapa, cahaya pagi mengeluarkan vitamin D. Pujuk hati yang sedang bermonolog.

Setelah sekian lama berlalu. Tahun lepas pulang ke kampung. Melihat guru yang pernah mengajar subjek tafsir membaca khutbah Jumaat. Selesai solat, guru memeluk pelajarnya dengan dakapan kasih sayang.

TERIMA KASIH GURU. SELAMAT HARI GURU.




Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...