Kita lihat, ramai yang boleh bercakap. Orang itu bercakap, orang ini bercakap, kita pun bercakap. Tetapi, mengapa percakapan orang lain, ramai orang boleh mendengar dan mengikut, sedangkan percakapan kita tiada siapa yang mahu mendengar. Jawabnya, kerana pelita kita ini tidak begitu terang berbanding orang lain.
Mungkin untuk kita seorang, kita boleh nampak dan sedar. Ibarat kita berjalan di tengah jalan, kita gunakan pelita, maka boleh kita melihat jalan,lubang dan sebagainya. Namun, untuk orang lain menumpang sama sekali tidak boleh disebabkan pelita kita terlalu kecil. Tidak mampu menerangi jalan orang lain.
Berbeza dengan pemilik pelita yang besar. Mereka mampu memancarkan cahaya untuk menerangi orang lain. Maksudnya, apabila ia bercakap ada orang mendengar dengan patuh sebagai ilmu. Akhlaknya pula menjadi ikutan.
Tuan Guru, nama dan jasamu menjadi sejarah yang tidak pernah padam, akan disebut-sebut, seperti tokoh silam yang lain (Hasan Al-Banna, Ibnu Tamiyah, Sayyid Qutb). Tenang roh mu pada hari Jumaat yang barakah.