Masa gembira kita boleh bergelak ketawa, masa mati menjemput salah seorang diantara kita, pasti ramai yang berduka. Tidak terkecuali ada yang gembira. Resmi seorang manusia. (Mati dan hidup)
Masa sihat ramai yang berdampingan denganmu, manakala masa sakitmu boleh dihitung dengan jari jemari orang yang bertanya khabarmu. Resmi seorang manusia. (Kawan dan sahabat)
Ada ketika seorang musuh menjadi orang yang paling rapat dengan kita kerana satu kebaikannya yang tidak pernah dilupa. Bahagianya rasa tanpa musuh, dan hidup dengan erti kasih dan sayang. Resmi seorang manusia. (Musuh dan jasa)