Geng Warung Pak Jabit

Selasa, 23 Jun 2015

FILEM SERAM MALAYSIA TAHAP "PUUIIH"

Sebahagian filem seram di Malaysia membodohkan pemikiran masyarakat. Contoh seperti di bawah:

1. Menghalau iblis dengan hanya menunjukkan Qu'ran.

2. Kepercayaan bahawa roh boleh berlegar di dunia dan menggangu manusia.

3. Pertembungan bomoh hitam dan bomoh putih. Hakikat, bomoh putih juga telah melakukan syirik, namun diangkat sebagai orang baik.

4. Asal seram, memekik melolong macam orang sasau wajib di buat.

5. Rumah wajib bergelap gelita, tanpa membuka langsir dan tingkap walaupun cuaca cerah diluar rumah. 

6. Ustaz yang mengubati pesakit wajib berkopiah, berserban, bersongkok, bertasbih, berjanggut, bermisai, dan bercelak.

7. Kebanyakkan pelakon perempuan seksi atau perempuan yang tidak gemer menutup aurat yang akan ditimpa musibah sama ada disihir, atau menjadi penjahat atau menjadi hantunya. Kenapa? ketandusan ? Atau mereka dianggap sebagai orang mudah terkena rasukan dan gangguan?

myfujiflm

BULAN PUASA, BULAN GASTRIK ?

Kita difahamkan bahawa Iblis dan sekutunya dipenjarakan pada bulan Ramadan. Tinggallah nafsu bersama-sama dengan kita. Petang tadi, saya dan anak perempuan bersiar-siar untuk melihat keindahan suasana. Rantai motosikal pula bermasalah. Sampai di bengkel, melihat seorang pekerja yang tidak berpuasa. Nama bengkel Syifa Motor. Syifa bermaksud "penawar". 

Harap pada nama! 

Bersangka baik, barangkali beliau berpenyakit gastrik.

myfujifilm x100t

JPJ BERKAIN BATIK, SUK SELANGOR KEJAM ?

Masuk ke rumah jiran harus mengikut etika dan peraturan yang disediakan. Contohnya memohon keizinan, tujuan, dan memakai pakaian yang sopan, melainkan dibenarkan berbogel. 

"ikut suka hati puak mung lah."

Begitulah juga di kawasan dan premis bukan hak milik diri sendiri, adanya etika dan peraturan. Jika memakai pakaian yang penuh ghairah, mohon dikawal. Hal ini supaya tidak menjadi gangguan seksual kepada golongan yang melihat.

Saya memang setuju tindakan SUK Selangor dan JPJ yang bijak menangani isu tersebut. Ini bukan rasis kepada mana-mana bangsa, namun perkara adalah untuk kebaikan semua bangsa. Misalnya sesetengah bazar yang dipenuhi orang berpuasa, beragama Islam, tetapi ada manusia berpakaian telanjang.

myfujifilm- x100t

BUNGA KEBANGSAAN ? bunga taik ayam!

Aku pernah bertanya kanak-kanak berusia 12 tahun, "apakah bunga kebangsaan negara Malaysia?"
Jawabnya, "bunga matahari."
Siapa yang salah dalam soal ini? Jangan salahkan ibu mengandung.
"Berhenti pak..........jikalau 10 tahun dahulu bapak lakukan demikian, barangkali sazali boleh boleh jadi baik..tetapi sekarang sudah terlambat pak..sudah terlambat..bapak yg bersalah dalam soal ini!", jelas Sazali.
Begitu tandus semaian patriotik untuk generasi kini. Mereka lebih arif dengan isu liwat, gst dan hiburan di media cetak dan elektronik.
 #‎fujifilm‬ ‪#‎x100t‬


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...