Geng Warung Pak Jabit

Rabu, 21 September 2011

Raya dalam Tangisan: "dirogol, dikurung, dijamu dadah"

Kuala Lumpur: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun bagaikan menyambut Aidilfitri tahun ini di dalam neraka apabila dikurung, diberi dadah dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki sejak hari raya kedua sebelum berjaya meloloskan diri, malam kelmarin.
 ------------------------------------------
Mangsa dikurung dalam sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras, di sini, sejak 31 Ogos lalu selepas termakan pujukan seorang lelaki baru dikenalinya berusia awal 20-an untuk ke rumah terbabit yang mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya. Sumber polis berkata, sepanjang tiga minggu dikurung lima lelaki berusia 20-an itu, mangsa dipaksa mengambil dadah sebelum dirogol.
 --------------------------------------------
Katanya, penderitaan mangsa berakhir kira-kira jam 8 malam kelmarin apabila berjaya melarikan diri dari rumah ‘neraka’ itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan.“Kes terbabit kemudian dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut,” kata sumber itu.


Ulasan Sukma Bintara: inilah manusia berhati binatang.... dibaluti sifat syaitan laknatullah..... Ya Allah......................................... semoga Allah menaikkan darjat si mangsa (wanita).... beliau suci.......

Pesanan pada wanita: jangan termakan pujukan lelaki.... Sesuatu yang merosakkan didorong oleh nafsu..... Seterusnya, membawa lelaki ke rumah tanpa ditemani muhrim adalah haram dan berdosa...... jangan jadi bodoh..... jadikan pengajaran pada "org" diluar sana.... wassalam.


2 ulasan :

KasutKaripap berkata...

lelaki tu IBLIS!

Tanpa Nama berkata...

ya~~~~~~~~~~~~~~ kejam sgt2....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...