Geng Warung Pak Jabit

Khamis, 29 Disember 2011

Dia.... masih diperhentian R & R Plus

En. Zul (bukan nama sebenar) seorang  yang petah bercakap, apatah lagi jika berpidato, seperti pakar terkemuka. Sepanjang masa, mulutnya tidak henti bercakap, mengemukakan pendapat dan idea serta mengkritik orang yang tidak sepatutnya dikritik. Penulis melihat kecergasannya mengemukakan hujah.. (melihat, mendengar, tidak bersuara). 

"Kita ada agama, kena ikut agama, selalu orang salah tafsiran tentang ilmu, ilmu ini luas, malah kita seharusnya diwajibkan menuntut ilmu, kerana ia bekalan untuk kita merentasi perjalanan yang masih jauh". 

"Kita lihat, selalu orang salah anggap pasal ilmu perubatan,... contoh saya mengubat pesakit, saya akan gunakan ayat Al-Quran bukannya jampi mantera yang meragukan dari sudut maksud dan pengertian. Guna ayat suci Al-Quran dianjurkan oleh Rasulullah".

**********************************
Kata-kata penulis, terpancul dari mulut cipataan Ilahi, mungkin menguriskan hatinya, "niat dah betul, cara perubatan telah mengikut sunnah, tetapi kehidupan masih kabur untuk kenali Ad-Din"

**************************
Mengapa penulis berkata seperti ini kepada En. Zul ? Semestinya ada sebab tertentu. 

****************************
"Mengapa solat diabaikan ? Berikan alasan...."
"Perlukah mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan?..... berikan sebab....."
&
"Mungkin anda sudah maklum tentang pengharaman judi ? 
"Mengapa anda masih amalkan ? 
"Tikam nombor bukan judi ke ?
"Oohh.... wang belanja masih tak cukup........"
"Kiranya nak bagi makan anak isteri......"

"Ini nombor yang terjatuh dari kocek saudara.....




P/S: "Agama bukan untuk dijual beli bagi kepentingan diri. Islam agama fitrah, pelengkap diri Insan ciptaan Ilahi".

2 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

Biasanya bukan nama sebenar tu nama sebenar lar... haha

AKU berkata...

hahahaha...... cm tau-tau je.. hehe.. x la...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...