Kuala Lumpur: “Hampir setahun
saya mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan lebih teruk saya turut
mengabaikan tanggungjawab kepada anak yang ketika itu berusia setahun kerana
lupa semua itu.
“Dalam ingatan
hanya terbayang bekas teman lelaki dan jika boleh, saya ingin bersamanya setiap
masa walaupun ketika itu sudah mendirikan rumah tangga,” kata wanita yang ingin
dikenali sebagai Rina, 31, mendakwa menjadi mangsa ‘dukun asmara’ mengakibatkan
nafsunya hanya terdorong apabila melihat bekas teman lelakinya.
Menurutnya,
dalam tempoh itu, dia langsung tidak ‘berminat’ apabila melihat suami,
sebaliknya perasaan itu bertukar setiap kali melihat wajah bekas teman lelaki
dan tambah teruk ketika menerima SMS daripada lelaki itu juga turut
membuatkannya ghairah.
Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu menggunakan ‘cara halus’ sedangkan mereka berpisah secara baik tanpa perselisihan faham dan dulu lelaki itu beranggapan perpisahan mereka ketentuan tanpa menaruh dendam.
Rina berkata, dakwaannya
terhadap lelaki terbabit dirasakan berasas selepas menjumpai botol kecil
dibungkus kain kuning mengandungi rambutnya di dalam kereta bekas teman
lelakinya ketika mereka keluar makan malam.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan