*************************
Dhia (bukan
nama sebenar) : Adakah roh boleh diseru dan
dipanggil ?
Penyelidik: Roh adalah urusan Allah, telah terputus hubungan roh dengan manusia yang masih hidup. Alam sudah berbeza, kita dunia, roh di alam barzakh (kubur) hingga ke hari kiamat.
"Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur; maka Dia tahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan". (az-Zumar:42)
Maksud ayat ni, Allah SWT menahan jiwa yang telah Dia tetapkan kematiannya. Roh yang telah ditetapkan kematiannya ini ditahan oleh Allah SWT dalam kehidupan alam barzakh hingga hari kiamat.
****************************
Dhia (bukan nama sebenar) : Emm... kawan ayah pernah berkomunikasi dengan arwah ayah ketika proses memanggil roh dilaksanakan. Benarkah begitu ?
Penyelidik: Pengakuan dapat menghadirkan roh orang yang sudah mati adalah pengakuan khurafat. Inilah bahana dan kesan berhubung baik dengan golongan bomoh, kelihatan alim pada zahirnya tetapi khurafat pada batinnya. Bagaimana mungkin "dajjal" ini dapat mendatangkan roh, sedangkan roh ditahan oleh Allah SWT dan berada dialam barzakh ?
Penyelidik: Di antara perkara yang sudah diketahui, dalam Islam adalah bahawa kaum muslimin akan mendapat kenikmatan di alam kubur kerana iman dan amal solehnya, dan mendapat keseksaan kerana perbuatan dosa-dosanya.
Penyelidik: Adapun yang bercakap tentang keadaan orang sudah mati adalah Qarin (jin pendamping), iaitu syaitan kerana pendamping ini selalu bersama mayat selama hidupnya. Sehingga jin tersebut mengkhabarkan dan mengakui dirinya roh si mayat kepada bomoh "bomoh bangang lagi jahil". Kadang-kadang bomoh ini mengkhbarkan keadaan dan permintaan roh bagi dilaksanakan oleh ahli keluarga.
Mesej: Berhati-hati, pertahankan Akidah... (ingatkan diri sendiri).
4 ulasan :
watak Dhia tu yang tak tahan...nape tak pakai watai Pak Abon je..keke
hahahahahhaahahah....... adeh... karipap.... nak je letak nama meli.. tp, dah syg meli.. hahaa....
wahh..ni bukti2 kukuh sukma bintara peminat setia cite Tentang Dhia..eeeee...hahaha
mmg minat!!!!!!!!!!!!!!!!!! hahahahahahha
Catat Ulasan