Georgetown:
Hanya kerana tidur terganggu akibat tangisan bayi perempuannya berusia sembilan
bulan, seorang bapa 'naik hantu' dan tergamak menendang bayi itu dalam kejadian
di rumah mereka di Lebuh Maccalum di sini, kelmarin. Malah, dalam kejadian jam
7 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun terbabit turut didakwa menghempas bayinya
ke atas tilam sebelum isterinya cuba mententeramkan keadaan.
Bagaimanapun,
tindakan isterinya menyebabkan wanita itu turut menerima padah apabila ditendang
suaminya sehingga meminta pertolongan ibu mentua yang tinggal serumah dengan
mereka. Menurut sumber, kejadian malang menimpa bayi itu berlaku ketika ibunya
berada di dapur membancuh susu dan meninggalkan anaknya bersama suami yang
sedang tidur di dalam bilik. “Lelaki terbabit
terjaga daripada tidurnya apabila anaknya menangis sebelum menengking dan
memarahinya.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan