BELURAN: Berang anak lelakinya sering berkeliaran dalam keadaan bogel,
seorang bapa bertindak kejam apabila bukan saja menusuk kedua-dua belah mata
anaknya, malah mulutnya turut ditusuk dengan batang penyapu sehingga mati dalam
kejadian di sebuah rumah kongsi di Ladang Metro Telupid, dekat sini, malam
kelmarin.
--------------------------------------
Lebih mengerikan, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mayat mangsa
dikenali sebagai Nasrul Ali, 24, turut ditusuk di beberapa bahagian muka
sehingga wajahnya sukar dicam selain beberapa tusukan di belakang badannya
dipercayai menggunakan batang penyapu sama. Difahamkan, ketika kejadian,
mangsa yang mengalami masalah mental dikatakan berkeliaran dalam keadaan
berbogel di kawasan rumah kongsi, menyebabkan bapa mangsa yang juga seorang
bomoh kampung berang lalu menangkapnya.
--------------------------------------
---------------------
--------------------------------------
Selepas
itu, suspek mengheret mangsa masuk ke dalam rumah mereka sebelum bertindak
kejam apabila menusuk kedua-dua biji mata anaknya itu dengan batang penyapu dan
suspek turut menusuk mulut pemuda itu sehingga mati. Selepas itu, suspek
yang juga bapa kandung mangsa dipercayai memandikan mayat anaknya itu
menggunakan lapan biji kelapa, selain meletakkan dua biji pisang di tepi mayat
anaknya.
Ulasan Sukma Bintara: Petikan Metro:
"Selepas itu,
suspek yang juga bapa kandung mangsa dipercayai memandikan mayat anaknya itu
menggunakan lapan biji kelapa, selain meletakkan dua biji pisang di tepi
mayat anaknya".
Mengapa kelapa dan dua biji pisang dihidangkan kepada mayat ?,Mengapa
dibunuh anakmu?, Adakah semata-mata ingin menunaikan perjanjian dengan makhluk terlaknat ? cuba fikir....
Inilah bomoh, fikirlah.