Menjadi berani yang tidak bertempat bukan bermakna diri seorang yang hebat. Berani dalam perjuangan tidak juga dikira sebagai pejuang, kerana perjuangan yang dilaung-laung hakikatnya adalah perjuangan yang salah. Sia-sia tanpa ada makna.
Ramai orang muda bangkit dengan perjuangan menegakkan kebenaran, membenamkan kezaliman. dilihat dari aspek perjuangan yang dibawa adalah sangat bermakna. Namun, jika diteliti, perjuangan orang muda dengan mensia-siakan ilmu pengetahuan adalah sesuatu perkara yang bodoh dan dangkal. Bagaimana boleh diterima akal dengan menobatkan mereka sebagai perjuang, sedangkan ilmu pengetahuan yang dimiliki juga cetek. Tanpa sempat menghabiskan pelajaran di menara gading, sudah cenderung untuk kecimpung dalam arena dan pentas politik bodoh. Keutamaan yang tidak diletakkan pada tempatnya.
Jika kalian telah mempunyai ilmu dan berjaya dalam mencapai tahap seorang yang berilmu, tiada halangan untuk kalian menjadi pejunag dalam kancah politik. Menjadi pejuang dalam politik tidaklah salah, kerana politik sebahagian daripada kewajiban umat manusia untuk mentadbir dan menguruskan wilayah takluknya dengan adil dan saksama.
Jadilah RAMBO yang berani kerana benar. Berani dalam memberi keutamaan pada yang HAK!
2 ulasan :
Lepas ni kita melawat Iman n Aiman pula ye.
baik~~~ hehehe
Catat Ulasan