Geng Warung Pak Jabit

Rabu, 27 November 2013

Mati yang Pasti

"Berfikirlah duhai diri. Disaat kita sibuk mengejar sesuatu yang belum pasti (harta, pangkat dan nama), mati itu sesuatu yang pasti terjadi, cuma bila dan di mana itu yang masih belum diketahui oleh diri"- Nur Muhamad Fansuri.
==============================================

“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kamu tangisi boleh berbicara, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kamu sekalian, nescaya kamu akan melupakan jenazah tersebut dan mulai menangisi dirimu sendiri.” -Imam Al-Ghazali 



sekian.

Rakan Surau Blok C Ville Teratak Kecil

Tali persahabatan dijalin bersama:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargainya.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.



Jumaat, 22 November 2013

Genap 6 Bulan si Adik Manis

Iman: "Saya genap 6 bulan. Bila mama nak bagi makan buah-buahan" ?

Mama: "hehe.. :-)

Ayah: "Nanti ayah beli pizza" :-)

Bahasa komunikasi Iman: "brrrrr... ahhhh... uuuuuu... eee.... mama"



Sayyid Qutb (Pejuang Keadilan dan Kebenaran)

Sayyid Qutb "Cetusan Idea Seorang Pejuang"

Keistimewaan yang dimiliki oleh beliau ialah dapat menghafaz al-Quran ketika berusia 10 tahun. Penulisan buku yang penuh dengan isu pentadbiran sebuah negara Islam. Seorang pemimpin kanan Ikhwan Muslimin yang lantang bersuara menentang golongan pemerintah sekular Mesir.

Pendidikan:

1. Dar al'Ulum (bidang sastera dan pendidikan)
2. Maktab perguruan Abd al-Aziz
3. Universiti Kaherah

Sayyid dilantik menjadi nazir sekolah di Kementerian Pendidikan, dihantar ke Amerika Syarikat untuk mengkaji sistem pendidikan. Beliau menyatakan " Konsep demokrasi Barat yang dilauangkan ke seluruh dunia menyimpang jauh dari nilai-nilai kemanusiaan.

Beliau seorang pejuang kebenaran dan pejuang keadilan. Dipenjara selama 15 tahun, disiksa, dan dikenakan kerja berat di dalam sangkar besi. Beliau menggunakan kesempatan yang ada untuk menyempurnakan sebuah tafsir al-Quran iaitu Tafsir fi Zilal al-Quran (Di Bawah Naugan al-Quran)

Kata mutiara daripada seorang pejuang:

"Aku berasa hairan dengan mereka manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon keampunan kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun perkataan - perkataan itu akan dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung, sekali-kali aku tidak akan mengucapkannya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan dia meredai-Nya" (Sayyid Qutb)



Selasa, 19 November 2013

Bersyukurlah Wahai Diri

Ingatan pada diri dan kalian:

Usahlah berbangga dengan kemewahan yang ada, pasti lesap tika ajal datang memberi salam, walau diri sudah bersedia apatah lagi jika diri sedang leka. Kebanggaan satu penyakit takbur nan sombong.

Dunia muka buku, selalu diri melihat manusia menayangkan harta, pangkat dan kemewahan yang dimiliki. Untuk apakah semua ini ? ingin dipuji, disanjung, dihormati, atau rasa gah bila memperlihatkan apa yang kita miliki. Mungkin ini dari pandangan diri yang melihat, barangkali niat kalian sungguh murni. Terserah. "Sesuatu amalan itu disertai dengan niat". 

Terkadang ada juga manusia yang suka menayangkan wajah dan tubuh tanpa rasa segan silu. Untuk apakah semua ini ? ingin dipuji, ingin dicaci atau rasa ghairah memperlihatkan apa yang dianugerahkan Ilahi. 

Jika kamu memiliki isteri yang baik, bersyukurlah.

Jika kamu memiliki suami yang baik, bersyukurlah.

Jika kamu memiliki anak yang baik, bersyukurlah.


Jika kamu memiliki sahabat yang baik, bersyukurlah.

Jika kamu memiliki jiran yang baik, bersyukurlah.

Jika kamu memiliki rumah dan kereta yang tidak mewah, bersyukurlah.


Syukur. 



Selasa, 12 November 2013

Kisah budaya diri manusia siri -1:

Pak Abu: Kenapa tak cantik kamu ambil gambar?

Samad: Maaf, waktu ini saya terasa pening bercampur migrain.

Mael: Eh, saya pandai ambil gambar. Saya dapat anugerah bla...bla..bla.

Kata diri yang mendengar: "Jenis kawan yang tidak pandai menjaga hati kawan. Baik senyap dari amalkan budaya seperti ini. Budaya puji diri sendiri".


Itulah Hati

"Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila baik, maka baiklah seluruhnya dan apabila rosak maka rosaklah seluruhnya, ketahuilah! itulah yang dikatakan hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim )


Lokasi gambar: Masjid, Kuantan, Pahang
Masa: 12.30 tengah hari
Hari: Jumaat

Khamis, 7 November 2013

Nasihat Luqman kepada Anaknya

Nasihat Luqman kepada anaknya. Satu renungan buat semua. 

“(Luqman berkata): “Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasnya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui”. (Surah Luqman: 16)




"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Luqman:14)







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...