Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 30 Jun 2014

'AIB' PERAWAT ALTENATIF

Jangan terlalu 'berbisnes' barangan sendiri bila mana diri kalian dilabelkan sebagai perawat altenatif. Kelihatan rosak imej perubatan Islam yang selama ini terbina dan terbentuk. Kalian berniaga kopi penawar, air kosong yang dikatakan dirukyah (jampi), kayu koka, dan pelbagai produk, dengan alasan, ubat ini mujarab dalam menyembuhkan penyakit rohani dan jasmani. Memalukan. Ramai manusia yang membeli akibat terpengaruh dengan kata-kata manis si perawat, barangkali ada yang percaya pada ubat yang dapat menyembuhkan, bukannnya kuasa PENCIPTA.

Moga dijauhi.

Lihat perkembangan mereka berniaga sambil mengubat, sangat memberangsangkan. Ada sebahagian pengubat terus kaya dengan harta melimpah. Kereta mewah 14 buah, rumah banglo enam buah, dan pelbagai dikemewahan. Pokok pangkalnya ialah bahana Facebook, kerana pengubat telah mendedahkan kekayaannya kepada khalayak umum di dalam ruangan facebook. Kenapa perlu ditayangkan ? riak ? bangga ? rasa dekat dengan tuhan ? Bukankah itu salah satu aib !

SEKADAR CATATAN.

Isnin, 23 Jun 2014

PERAWAT ISLAM YANG KETAGIH FACEBOOK

Melihat perkembangan perubatan Islam yang kini telah semakin bertapak kukuh di negara Malaysia. Andaian saya mengatakan, memartabatkan perubatan Islam adalah sangat bagus dan harus dipuji. Namun, dalam isu memartabatkan, memperkasakan sesebuah persatuan dan pertubuhan, harus diingat akan sikap dan identiti diri kerana cerminan pengubat diperlihatkan oleh golongan masyarakat.

Jangan salahkan orang luar sana jika mereka mengkritik, kerana mereka melihat diri pengubat dari pelbagai kaca mata atau sudut pandang. Orang yang menilai secara positif, maka hasilnya positif, jika dilihat negatif, hasilnya juga negatif. Tidak terkecuali, ada yang melihat kedua-duanya sekali. 

Melalui dapatan, andaian itu ada pro dan kontra. Pertama berandaian bahawa seorang pengubat ini sangat baik dalam membantu masyarakat. Kedua berpandangan bahawa mengapa ramai pengubat mengambil kesempatan dalam perniagaan sehingga ada yang menjual pelbagai produk jampi termasuk air putih yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Pokok pangkalnya bermula kepada si pesakit, iaitu bagaimana kekuatan iman dan takwanya. 

Dilema pengubat pada masa sekarang ialah KETAGIHAN PADA FACEBOOK. Semua akitiviti dimasukkan ke dalam ruangan facebook. Antaranya "jom solat tahajud", "ana solat tahajud", "sila bangun kawan-kawan solat tahajud", "jangan lupa tahajud malam ini", sedangkan perbuatan tidak perlu hebahkan. Ia tidaklah salah dari segi syariat, tetapi kerisauan menimbulkan riak pada diri, apatah lagi mendidik orang diluar sana berkelakuan sepertinya di dalam ruangan facebook.

-SEKADAR ULASAN RINGKAS-


Rabu, 11 Jun 2014

HANGAT: KOS PERKAHWINAN RM30,000.

Realiti tahun 2014. Ia bergantung pada kebijaksanaan masing-masing. Apa pun, kos perkahwinan yang ditanggung oleh saya adalah RM7000 sahaja. Duit simpanan yang selebihnya untuk membeli rumah, kereta dan motosikal. 

"Ya benar, dahulunya ditetapkan harga RM20,000. Tetapi setelah aplikasi ilmu 'bodek' mak mentua, kos dikurangkan menjadi RM6000. Jamuan doa selamat termasuk membeli 2 helai jubah dan sebentuk cincin adalah RM1000. Keseluruhannya ialah RM7000".

Singkirkan persandingan, singkirkan berlebih-lebihan, singkirkan 'gah'. Itulah resepinya. 



BABI dan PANDA. Populariti.

Babi dan panda berbual melalui telefon bimbit masing-masing. 

Babi: untung kamu sebab popular. Ramai orang gembira dengan kehadiran kamu. Ramai yang datang melihat kamu. AKU CEMBURU.

Panda: aku hanya popular di zoo, tambahan pula aku binatang hampir pupus. Kamu lagi popular wahai babi. Lihatlah, semua siaran bercetak dan elektronik sebut pasal kamu, malah sampai orang dirumah, di pejabat, di warung sebut pasal babi. Pagi petang siang malam. AKU CEMBURU.

-HAK CIPTA BERSAHAJA- 


Jumaat, 6 Jun 2014

KEMALANGAN: SANG KANCIL LAWAN NISSAN

Kejadian di simpang lampu isyarat Wangsa Walk, Kuala Lumpur. 

Pemandu kancil seorang wanita

Berhati-hati di jalan raya. 

Biar lambat asal selamat.


KUASA KATA - KATA

Tidak rugi mendahulukan ungkapan dan kata-kata ini. Ungkapan yang mengandungi kuasa dan makna. Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya. 

1. Terima kasih
2. Tolong
3. Maaf
4. Sayang
5. Izinkan


Sentiasa amalkan. 

:-)





BUTA HURUF 'ORANG KITA' (MELAYU)

Maklumat: 40% tidak boleh membaca bahasa Melayu, 60% tidak boleh membaca bahasa inggeris, 50% tidak boleh membaca Quran, 40% tidak boleh membaca tulisan jawi.

KURSUS UNTUK TENAGA PENGAJAR oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Isahak Haron.


ORANG TUA DAN BATU NISAN.

Jabit dan Abu berjalan pulang dari pusat membeli belah. Mereka melalui jalan pintas untuk sampai ke rumah. Lebih dekat. Rumah yang bersebelahan sebuah kawasan perkuburan. Debaran dan takut mula terdetik bilamana
melalui kawasan perkuburan. Keadaan persekitaran yang sunyi telah dihilangkan dengan bunyi ketukan.

"Tang...tang....tang..." bunyi ketukan.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan melihat seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap, orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Jabit dan Abu bersuara, "emmm... terkejut kami, ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut."

Sambil merapati orang tua itu, mereka bertanya, "apa yang pakcik buat malam-malam di kawasan kubur ni?".

Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan nada marah, "bodoh!! patutkah batu nisan aku salah ejaan nama?".

????



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...