Semakin hari, semakin "gila" permainan politik di bumi Malaysia. Ada yang mahu nama, pangkat, darjat dan paling utama berasaskan wang. Itulah politik yang mementingkan kepentingan diri sendiri, atau menjaga "perut" sendiri, tanpa melihat lagi kesusahan yang dihadapi oleh mereka yang memerlukan. Betapa banyak gelandangan yang masih berbumbungkan langit, orang miskin yang mampu makan sekali dalam satu hari, kanak-kanak yang tidak ada bantuan pendidikan, orang tua yang hidupnya bergantung pada zakat dan seumpamanya.
Seorang pemimpin sebuah parti dikatakan memiliki wang sebanyak 2.6 billion, iaitu bersamaan 2600 juta ringgit. Satu angka yang lumayan, yang boleh menampung keperitan orang miskin, peminta sedekah, tanpa ada lagi rancangan bersamamu di TV3, tanpa ada lagi kutipan zakat yang salurannya entah ke mana.
Kenyataan itu dinafikan, wang itu dikatakan ialah DERMA. Persoalan yang mudah, namun, sehingga sekarang masih tidak terjawab oleh mereka yang wajib menjawabnya. Orang yang membuat siasatan tidak boleh menyiasat kerana terdapat pelbagai gangguan yang meresahkan jiwa.
Maka, timbullah soalan dari mereka yang mahukan kebenaran, mereka itu ialah rakyat yang pernah mengundi dirinya bagi membentuk sebuah kerjaan demokrasi.
1. SIAPA NAMA PENDERMA?
2. KENAPA TIDAK DIDEDAHKAN NAMA PERDERMA?
3. MENGAPA DAN KENAPA WANG TIDAK DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN PARTI?
4. KENAPA JUMLAH ITU DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN PERIBADI?
5. APA PROGRES HASIL SIASATAN YANG TERKINI?
Sekiranya perkara ini dikatakan FITNAH, maka jawablah dengan senang hati, tidak perlulah melebalkan orang yang bertanya sebagai BANGSAT, HARAM JADAH. Perkataan itu tidak berapa sesuai dikeluarkan oleh seorang pemimpin dan idola sebahagian rakyat. Pak lebai pula berkata "contohilah Umar al-Khattab, Umar Abdul Aziz, Salahuddin al-Ayubbi, Sultan Muhamad al-Fateh dan lain-lain."
SEKIAN, TERIMA KASIH.
Geng Warung Pak Jabit
Rabu, 2 September 2015
Selasa, 23 Jun 2015
FILEM SERAM MALAYSIA TAHAP "PUUIIH"
Sebahagian filem seram di Malaysia membodohkan pemikiran masyarakat. Contoh seperti di bawah:
1. Menghalau iblis dengan hanya menunjukkan Qu'ran.
2. Kepercayaan bahawa roh boleh berlegar di dunia dan menggangu manusia.
3. Pertembungan bomoh hitam dan bomoh putih. Hakikat, bomoh putih juga telah melakukan syirik, namun diangkat sebagai orang baik.
4. Asal seram, memekik melolong macam orang sasau wajib di buat.
5. Rumah wajib bergelap gelita, tanpa membuka langsir dan tingkap walaupun cuaca cerah diluar rumah.
6. Ustaz yang mengubati pesakit wajib berkopiah, berserban, bersongkok, bertasbih, berjanggut, bermisai, dan bercelak.
7. Kebanyakkan pelakon perempuan seksi atau perempuan yang tidak gemer menutup aurat yang akan ditimpa musibah sama ada disihir, atau menjadi penjahat atau menjadi hantunya. Kenapa? ketandusan ? Atau mereka dianggap sebagai orang mudah terkena rasukan dan gangguan?
myfujiflm
BULAN PUASA, BULAN GASTRIK ?
Kita difahamkan bahawa Iblis dan sekutunya dipenjarakan pada bulan Ramadan. Tinggallah nafsu bersama-sama dengan kita. Petang tadi, saya dan anak perempuan bersiar-siar untuk melihat keindahan suasana. Rantai motosikal pula bermasalah. Sampai di bengkel, melihat seorang pekerja yang tidak berpuasa. Nama bengkel Syifa Motor. Syifa bermaksud "penawar".
Harap pada nama!
Bersangka baik, barangkali beliau berpenyakit gastrik.
myfujifilm x100t
JPJ BERKAIN BATIK, SUK SELANGOR KEJAM ?
Masuk ke rumah jiran harus mengikut etika dan peraturan yang disediakan. Contohnya memohon keizinan, tujuan, dan memakai pakaian yang sopan, melainkan dibenarkan berbogel.
"ikut suka hati puak mung lah."
Begitulah juga di kawasan dan premis bukan hak milik diri sendiri, adanya etika dan peraturan. Jika memakai pakaian yang penuh ghairah, mohon dikawal. Hal ini supaya tidak menjadi gangguan seksual kepada golongan yang melihat.
Saya memang setuju tindakan SUK Selangor dan JPJ yang bijak menangani isu tersebut. Ini bukan rasis kepada mana-mana bangsa, namun perkara adalah untuk kebaikan semua bangsa. Misalnya sesetengah bazar yang dipenuhi orang berpuasa, beragama Islam, tetapi ada manusia berpakaian telanjang.
myfujifilm- x100t
BUNGA KEBANGSAAN ? bunga taik ayam!
Aku pernah bertanya kanak-kanak berusia 12 tahun, "apakah bunga kebangsaan negara Malaysia?"
Jawabnya, "bunga matahari."
Siapa yang salah dalam soal ini? Jangan salahkan ibu mengandung.
"Berhenti pak..........jikalau 10 tahun dahulu bapak lakukan demikian, barangkali sazali boleh boleh jadi baik..tetapi sekarang sudah terlambat pak..sudah terlambat..bapak yg bersalah dalam soal ini!", jelas Sazali.
Begitu tandus semaian patriotik untuk generasi kini. Mereka lebih arif dengan isu liwat, gst dan hiburan di media cetak dan elektronik.
Ahad, 24 Mei 2015
5 PANDANGAN. KAU BUAT, AKU KUPAS
PANDANGAN 1
Dahulukan bersyukur dari mengeluh. Mengeluh tidak akan mendatangkan rezeki. Rezeki bukan sekadar berbentuk duit, rezeki itu luas maknanya seperti rasa dihargai, disayangi, dipercayai dan secebis nikmat bahagia.
PANDANGAN 2
Dahulukan bersyukur dari mengeluh. Mengeluh tidak akan mendatangkan rezeki. Rezeki bukan sekadar berbentuk duit, rezeki itu luas maknanya seperti rasa dihargai, disayangi, dipercayai dan secebis nikmat bahagia.
PANDANGAN 2
Secantik mana pun, sekacak mana pun, akan musnah akibat perbuatannya yang gemar melepaskan kentut di merata tempat. Dua jantina dalam satu masa.
"Engkau jangan gelak. Jangan lihat mereka. Diam-diam buat tidak tahu. Pekak kan telinga", kata Pak Abu kepada rakannya
PANDANGAN 3
"Apakah perasaan kita bila mana melihat kubur? Sedih? Insaf? Sayu? Gembira? Bahagia? atau itu perkara biasa.
Lebih merumitkan bila mengkhabarkan kubur ialah tempat berpuaka dan menyeramkan sehingga Pak Cik Dam Haji pun takut melintasi ke kawasan perkuburan.
PANDANGAN 4
TAJUK: HUDUD.
Orang bertanya kepada saya berkaitan dengan hukum hudud. Saya jawab, saya bukanlah ulama atau ustaz untuk memberi jawapan bernas dalam hal ini.
Jawapan saya lagi, "saya setuju perlaksanaanya dan undang-undang sepertimana yang terkandung dalam Quran adalah segar sepanjang zaman. Namun, kaedah dan proses fahamkan orang ramai itu perlu dan usah menjadi agenda utama untuk memancing undi. Buat kerana Allah."
Kawan saya berlatar politik PAS dan BN mengangguk kepala, barangkali mereka bersetuju. Terima kasih semua sahabat.
PANDANGAN 5
Mendengar perbualan penganut Syiah yang keliru dengan akal sihatnya. "Khalifah Abu Bakar dan khalifah Umar merupakan perampas takhta, seharusnya sayidina Ali. Ali maksum." dan "solat sudah mencukupi dengan sekadar niat."
Kegilaan apakah ini? Tanah air ku dibanjiri manusia perosak. Moga mereka mendapat hidayah.
BUDAYA ILMU BUMI KELANTAN
Dari saya kecil hingga dewasa, pagi Jumaat, Kota Bharu pasti dipenuhi dengan manusia (muda dan tua) yang menadah telinga mendengar kuliah terapi diri. Budaya ilmu yang wajib dikekalkan.
Ada si jumud berkata, "asyik berpolitik."
Jawab saya "pagi ini bab azab neraka. Engkau yang terlalu sibuk mendengar khabar palsu."
my fujifilm x100t
RAKYAT KELANTAN DAN LEBAI POLITIKUS
Apa kau fikir? Sibuk mengejar apa yang termaktub dalam perjuangan bangsa dan politik, mereka kau biarkan. Kau berikan beras, gula dan sardin pada musim gula-gula politik.
"Ah, kau memang pandai berlakon."
"Manifesto berapi dengan laungan keramat, sorakan gemuruh menusuk ke hati nyamuk."
Pertemuan dengan pak cik dan mak cik memberi pengajaran dan pelajaran. Terima kasih kepada mereka yang menderma.
my fujifilm x100t
11 PANDANGAN_KAU BUAT, AKU KUPAS.
PANDANGAN 1
Zaman berubah, manusia juga berubah. Semakin kita mentakrifkan kemajuan atau kemodenan mengikut kefahaman barat, bertambah tinggi kadar nafsu kebinatangan manusia. Ya. Membunuh, mencuri, merompak, merogol, pergaulan bebas, hubungan sejenis, rasuah, penindasan dan seumpamanya menjadi lebih "maju". Kita yang akan membongkar pembangunan peradaban manusia.
PANDANGAN 2
Dracula boleh muncul dalam pelbagai watak dan perwatakan, tetapi yang pasti Dracula sememangnya wujud. Kewujudannya di percayai sebagai seorang penghisap darah yang kejam dan ganas. Maka, muncullah watak pontianak di tanah air, sebagai kepercayaan turun temurun. Di barat, filem tentang Dracula dihasilkan dengan penuh sensasi dan dramatik. Menyingkap dalam lembaran sejarah, Dracula merupakan sahabat sultan Muhammad Al-Fateh (penakluk Konstantinopel) pada usia remaja. Setelah dewasa mereka bermusuhan. Dracula seorang pemerintah yang kejam sehingga sanggup melakukan penyeksaan kepada rakyat dan tahanan tentera. Proses sula digunakan secara sepenuhnya.
PANDANGAN 3
Duit Tabung Haji digunakan. Lambang ekonomi umat Islam. Khianat rasanya melabur secara sembunyi-sembunyi. Kroni kepada kroni, kroni dan kroni serta kroni. Satu persatu kau ambil.
PANDANGAN 4
Siapa diri kamu satu masa nanti, lihat diri kamu pada saat ini. Ini bukanlah ilmu ramalan tetapi sifir yang mudah untuk kenali masa depan. Tidak perlu mencipta mesin merentas masa.
PANDANGAN 5
Zaman berubah, manusia juga berubah. Semakin kita mentakrifkan kemajuan atau kemodenan mengikut kefahaman barat, bertambah tinggi kadar nafsu kebinatangan manusia. Ya. Membunuh, mencuri, merompak, merogol, pergaulan bebas, hubungan sejenis, rasuah, penindasan dan seumpamanya menjadi lebih "maju". Kita yang akan membongkar pembangunan peradaban manusia.
PANDANGAN 2
Dracula boleh muncul dalam pelbagai watak dan perwatakan, tetapi yang pasti Dracula sememangnya wujud. Kewujudannya di percayai sebagai seorang penghisap darah yang kejam dan ganas. Maka, muncullah watak pontianak di tanah air, sebagai kepercayaan turun temurun. Di barat, filem tentang Dracula dihasilkan dengan penuh sensasi dan dramatik. Menyingkap dalam lembaran sejarah, Dracula merupakan sahabat sultan Muhammad Al-Fateh (penakluk Konstantinopel) pada usia remaja. Setelah dewasa mereka bermusuhan. Dracula seorang pemerintah yang kejam sehingga sanggup melakukan penyeksaan kepada rakyat dan tahanan tentera. Proses sula digunakan secara sepenuhnya.
PANDANGAN 3
Duit Tabung Haji digunakan. Lambang ekonomi umat Islam. Khianat rasanya melabur secara sembunyi-sembunyi. Kroni kepada kroni, kroni dan kroni serta kroni. Satu persatu kau ambil.
PANDANGAN 4
Siapa diri kamu satu masa nanti, lihat diri kamu pada saat ini. Ini bukanlah ilmu ramalan tetapi sifir yang mudah untuk kenali masa depan. Tidak perlu mencipta mesin merentas masa.
PANDANGAN 5
Membaca akhbar isu semasa. Gaji RM3500 merupakan seorang yang miskin. Bagaimana nasib mereka yang bergaji minimun RM1000. Apatah lagi kepada mereka yang bekerja dikota raya. Rumah jutaan ringgit, kos sara hidup kian meningkat dan keseluruhan melibatkan keperluan hidup. Ada yang berkata "berjimat cermat". Yang berkata itu pun merempat ditanah sendiri.
Kata saya "Ya, kita wajib bersyukur. Istillah jimat cermat boleh diletakkan kepada mereka yang mencapai tahap serba mewah dan mengatasi keperluan hidup. Istillah yang sesuai kepada mereka yang kurang pendapatan ialah berjimat sampai ke tulang kering."
PANDANGAN 6
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Itulah pesanan orang tua dulu-dulu. Kini, Kumpul Wang Sampai Pengsan (KWSP).
PANDANGAN 7
Adolf Hitler menghalau lebih kurang 20 juta yahudi keluar dari Jerman dan mereka melarikan diri ke Palestin. Palestin pula menyambut mereka seperti tetamu yang datang ke rumah. Lantas, yahudi merampas tanah Palestin untuk dijadikan negara Israel. Jika benar yahudi ingin menuntut kembali tanah mereka, seharusnya di tempat mereka dihalau iaitu di Jerman atau eropah. Yahudi sebenarnya pelarian tidak bermaruah.
Rumusan dari siaran Peace TV. Dr. Zakir Naik.
PANDANGAN 8
Dua peristiwa yang tidak pernah saya lupa. Bukan di alam mimpi, bukan juga tayangan filem atau drama, tetapi dalam sedar dan tanpa lakonan. Peristiwa disaksikan oleh pancaindera .
Pertama, melihat mayat bertukar wajah, hitam rupa paras, perut membesar, mulut dan hidung mengalir darah. Kedua, melihat sebuah kubur yang dikelilingi beberapa ekor khinzir.
PANDANGAN 9
TAJUK: TUN M dan TUGAS AKU
Tun sudah bersuara. Walaupun sinis dan pedas, ada kebaikannya. Kita hanya boleh melihat kerancakan permainan pentas politik semasa. Untuk menjadi aktivis, rasanya tidak mungkin. Banyak lagi perkara yang perlu engkau laksanakan contohnya basuh berak anak, tukar lampin anak dan mandikan anak setiap hari.
PANDANGAN 10
Harga kereta turun. Berita baik. Esok aku mahu tempah kereta Volvo 4 buah, Honda 7 buah dan BMW 10 buah, memandangkan kereta cap ayam aku pecah tayar petang tadi. Ok tak? Kah.kah. Moral: Yang kaya tetap kaya, yang miskin tetap miskin.
PANDANGAN 11
TAJUK: Hari GST. Azam Baru.
Petang yang cerah. Kepada Geng Sahabat Terbaik (GST), semoga bahagia menjalani kehidupan. Bersyukur, maka Allah mencukupkan rezekinya nanti.
Jadilah Golongan Solat Terbaik (GST) dan Golongan Solat Tahajud (GST). Maka terbina lah Golongan Sayang Tuhan (GST).
my fujiflim x100t
MAHADHIR.
Orang yang tahu berbeza dengan orang yang tidak tahu. Orang berilmu berbeza dengan orang yang jahil. Begitulah juga orang yang membaca berbeza dengan orang yang tidak membaca. Sumber ilmu ialah "iqra" bacalah.
Ikon Membaca Kebangsaan: Tun Mahathir. Terima kasih kerana Tun sudi balas mesej saya.
my fujifilm x100t.
Jumaat, 17 April 2015
PEMIMPIN NAZI & YAHUDI
Adolf Hitler menghalau lebih kurang 20 juta yahudi keluar dari Jerman dan mereka melarikan diri ke Palestin. Palestin pula menyambut mereka seperti tetamu yang datang ke rumah. Lantas, yahudi merampas tanah Palestin untuk dijadikan negara Israel. Jika benar yahudi ingin menuntut kembali tanah mereka, seharusnya di tempat mereka dihalau iaitu di Jerman atau eropah. Yahudi sebenarnya pelarian tidak bermaruah.
Rumusan dari siaran Peace TV. Dr. Zakir Naik.
NASIB SILAT MELAYU & KERAMBIT
Senjata tradisional Melayu dijadikan pameran dibingkai kaca, kraftangan, dan digunakan oleh ahlinya sahaja. Begitu juga dengan ilmu persilatan Melayu, tidak dihayati seni dan falsafahnya.
Fakta menunjukkan, tentera laut Amerika Syarikat mewajibkan tenteranya mempelajari seni silat gayung secara keseluruhannya dan mempraktikkan penggunaan kerambit sewaktu melawan musuh. Bagaimana pula dengan negara kita?
Rumusan pembentangan kertas kerja oleh "mereka" di Simposium Epistemologi Ilmu".
— di University of Malaya.ILMU SUFI dan ILMU HIKMAT
Ilmu sufi jangan disamakan dengan ilmu hikmat.
Ilmu sufi ialah ilmu dalam ilmu, manakala ilmu hikmat ialah ilmu yang bersifat magis atau kesaktian. Contoh memperoleh ilmu hikmat ialah puasa pategeni, puasa geni, wafaq, azimat, tangkal, wirid (mantera) dan lain-lain.
Ilmu sufi pula menggabungkan fekah, tauhid (akidah) dan tasawuf. Kesuburannya diperlihatkan menerusi akhlak.
ISU JIMAT CERMAT ERA 2015
Membaca akhbar isu semasa. Gaji RM3500 merupakan seorang yang miskin. Bagaimana nasib mereka yang bergaji minimun RM1000. Apatah lagi kepada mereka yang bekerja dikota raya.
Rumah jutaan ringgit, kos sara hidup kian meningkat dan keseluruhan melibatkan keperluan hidup. Ada yang berkata "berjimat cermat". Yang berkata itu pun merempat ditanah sendiri.
Kata saya "Ya, kita wajib bersyukur. Istillah jimat cermat boleh diletakkan kepada mereka yang mencapai tahap serba mewah dan mengatasi keperluan hidup. Istillah yang sesuai kepada mereka yang kurang pendapatan ialah berjimat sampai ke tulang kering."
BOS dan PEKERJA
Bos : Kamu di buang kerja!
Pekerja : Tapi tuan, saya tidak melakukan apa-apa!!
Bos : Sebab itu lah kamu di buang kerja.
Emotikon smile nota: fikir.
Isnin, 2 Mac 2015
SETIA
"Kesetiaan tidak hanya berada pada sebentuk cincin, kesetiaan itu terlihat dari perlakuan dan perasaan isi hati", kata isteri.
"Ok."
CINTA dan SUKA
Kata seorang pujangga:
Di depan orang yang kamu 'cinta', jantung mu akan berdebar-debar. Di depan orang yang kamu 'suka', kamu akan selalu bahagia.
Di depan orang yang kamu 'cinta', musim dingin serasa musim semi. Di depan orang yang kamu 'suka' musim dingin sama saja dengan musim dingin yang indah.
Kata saya:
Jika saya 'cinta' kereta, saya akan lebihkan kereta dari segalanya, namun jika saya 'suka' kereta saya akan menjaganya tetapi tidak meletakkan kereta sebagai perkara utama.
FATAMORGANA MANUSIA
Masa gembira kita boleh bergelak ketawa, masa mati menjemput salah seorang diantara kita, pasti ramai yang berduka. Tidak terkecuali ada yang gembira. Resmi seorang manusia. (Mati dan hidup)
Masa sihat ramai yang berdampingan denganmu, manakala masa sakitmu boleh dihitung dengan jari jemari orang yang bertanya khabarmu. Resmi seorang manusia. (Kawan dan sahabat)
Isnin, 16 Februari 2015
TAZKIRAH PERMATA TGNA
Katanya, "Hidup ini tumpang menumpang, di situlah lahirnya syukur kita kepada Allah. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi kepada kita. Alangkah kerdilnya kita di bumi Allah SWT. Maka siapakah kita untuk menolak agama Allah?"
-al-Fatihah-
CAHAYA KITA?
Kita lihat, ramai yang boleh bercakap. Orang itu bercakap, orang ini bercakap, kita pun bercakap. Tetapi, mengapa percakapan orang lain, ramai orang boleh mendengar dan mengikut, sedangkan percakapan kita tiada siapa yang mahu mendengar. Jawabnya, kerana pelita kita ini tidak begitu terang berbanding orang lain.
Mungkin untuk kita seorang, kita boleh nampak dan sedar. Ibarat kita berjalan di tengah jalan, kita gunakan pelita, maka boleh kita melihat jalan,lubang dan sebagainya. Namun, untuk orang lain menumpang sama sekali tidak boleh disebabkan pelita kita terlalu kecil. Tidak mampu menerangi jalan orang lain.
Berbeza dengan pemilik pelita yang besar. Mereka mampu memancarkan cahaya untuk menerangi orang lain. Maksudnya, apabila ia bercakap ada orang mendengar dengan patuh sebagai ilmu. Akhlaknya pula menjadi ikutan.
Tuan Guru, nama dan jasamu menjadi sejarah yang tidak pernah padam, akan disebut-sebut, seperti tokoh silam yang lain (Hasan Al-Banna, Ibnu Tamiyah, Sayyid Qutb). Tenang roh mu pada hari Jumaat yang barakah.
HIDUP DI JIWA
Di dalam khutbah, dibacakan doa, disebut nama TUAN GURU, semua tunduk. Sayu. Suara khatib tersekat-sekat. Selesai solat jumaat, solat jenazah ghaib. "Allahuakbar".
Jika kita mati, berapa orangkah yang sudi solat jenazah buat kita? Mampukah dibanjiri lautan manusia? Dapatkah didoakan oleh ramai manusia?
KENALI BUKAN PADA WAJAH!
Kenal dahulu sebelum suka. Suka dahulu sebelum cinta. Cinta dahulu sebelum rindu. Rindu dahulu sebelum kasih.
Kamu bercakap mendabik dada mengkritik, menghina, mengeji, sedangkan dirinya telah menemui Ilahi. Gelap nya hati kerana matamu tidak dibuka hijab untuk mengenali beliau. Hakikatnya, pengakhiran 'bahagia' dan 'derita' boleh dilihat selepas kematian kita, adakah disukai atau ditangisi manusia?
INGIN HIDUP 1000 TAHUN LAGI
Senja mula melabuhkan tirainya, gelap yang bakal tiba sebagai selimut kepada manusia. Begitulah hidup manusia, bertukar ganti.
Moral: Jangan terlalu yakin hidup bertahan 1000 tahun lagi.
Sembang Santai tanpa Air Kopi
HELIZA HELMI:
Malam ini beliau luahkan. Katanya, "warga Palestin menyambut kedatangan saya dengan mesra. Mereka mengatakan bahawa Gaza ini tanah saya, tanah ini milik saya, dan persaudaraan mereka dan saya takkan putus."
USTAZ HALIM HAFIDZ:
Katanya, "semalam saya buat tangkapan 50 orang Melayu yang berkhalwat. Hari kekasih katanya. Masuk waktu subuh, saya menyuruh sesiapa yang berhadas besar pergi mandi wajib. 48 orang pergi mandi hadas. Dua orang sahaja yang tidak berhadas. Padahal saya hanya main-main dan tak sangka mereka betul-betul berhadas. Kesimpulannya, apakah yang mereka buat sebelum saya buat tangkapan?"
Selasa, 10 Februari 2015
YAHUDI (ISRAEL) YANG PENGECUT !
Kanak-kanak dijadikan mangsa dan tumpuan peluru. Apakah mereka hilang sifat kemanusiaan ? "Ya, memang mereka sudah hilang dari nilai kemanusiaan. Sedangkan binatang pun tahu erti belas kasihan. Maka, golongan YAHUDI ISRAEL bukan lagi berjiwa binatang, tetapi bersifat SYAITAN !
WAJAH YAHUDI ISRAEL
----------------------------------------------------------------------------------------
KANAK-KANAK YANG DIZALIMI YAHUDI ISRAEL
SELAMATKAN PALESTIN !
Selasa, 20 Januari 2015
Tujuan Hidup
Ada orang suka dipuji. Ada orang suka dihargai. Ada orang suka disanjungi. Tidak ada manusia yang inginkan dirinya dikeji. Boleh katakan, manusia akan marah bila diri mereka tidak dihormati. Inilah sifat manusia. Tujuan hidup ini, bukan untuk mencapai riak atau bangga diri, tetapi memahami tujuan hidup di bumi.
Pok Jib: hidup penuh duri, jika tersalah memilih.
Pok Loh: hidup lebih bererti, jika matlamat tidak disalahi.
Pok War: hidup bertambah gila, jika bertunjangkan pada dasar yang gila.
Pok Jib: hidup penuh duri, jika tersalah memilih.
Pok Loh: hidup lebih bererti, jika matlamat tidak disalahi.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)
Catatan Blogger
- September 2015 ( 1 )
- Jun 2015 ( 4 )
- Mei 2015 ( 5 )
- April 2015 ( 5 )
- Mac 2015 ( 3 )
- Februari 2015 ( 7 )
- Januari 2015 ( 1 )
- Disember 2014 ( 1 )
- Oktober 2014 ( 1 )
- Ogos 2014 ( 1 )
- Julai 2014 ( 4 )
- Jun 2014 ( 8 )
- Mei 2014 ( 12 )
- Mac 2014 ( 5 )
- Februari 2014 ( 8 )
- Januari 2014 ( 11 )
- Disember 2013 ( 19 )
- November 2013 ( 8 )
- Oktober 2013 ( 5 )
- September 2013 ( 5 )
- Ogos 2013 ( 6 )
- Julai 2013 ( 20 )
- Jun 2013 ( 2 )
- Mei 2013 ( 2 )
- April 2013 ( 2 )
- Mac 2013 ( 1 )
- Februari 2013 ( 4 )
- Januari 2013 ( 4 )
- Disember 2012 ( 3 )
- September 2012 ( 7 )
- Ogos 2012 ( 7 )
- Julai 2012 ( 3 )
- Jun 2012 ( 3 )
- Mei 2012 ( 7 )
- April 2012 ( 4 )
- Mac 2012 ( 6 )
- Februari 2012 ( 4 )
- Januari 2012 ( 13 )
- Disember 2011 ( 14 )
- November 2011 ( 7 )
- Oktober 2011 ( 12 )
- September 2011 ( 19 )
- Ogos 2011 ( 43 )
- Julai 2011 ( 57 )
- Jun 2011 ( 37 )
- Mei 2011 ( 24 )
- April 2011 ( 21 )
- Mac 2011 ( 27 )
- Februari 2011 ( 41 )
- Januari 2011 ( 26 )
- Disember 2010 ( 29 )
- November 2010 ( 71 )
- Oktober 2010 ( 48 )
- September 2010 ( 7 )
- November 2009 ( 2 )
- September 2009 ( 8 )