Geng Warung Pak Jabit

Ahad, 24 Mei 2015

5 PANDANGAN. KAU BUAT, AKU KUPAS

PANDANGAN 1
Dahulukan bersyukur dari mengeluh. Mengeluh tidak akan mendatangkan rezeki. Rezeki bukan sekadar berbentuk duit, rezeki itu luas maknanya seperti rasa dihargai, disayangi, dipercayai dan secebis nikmat bahagia.

PANDANGAN 2
Secantik mana pun, sekacak mana pun, akan musnah akibat perbuatannya yang gemar melepaskan kentut di merata tempat. Dua jantina dalam satu masa.
"Engkau jangan gelak. Jangan lihat mereka. Diam-diam buat tidak tahu. Pekak kan telinga", kata Pak Abu kepada rakannya

PANDANGAN 3
"Apakah perasaan kita bila mana melihat kubur? Sedih? Insaf? Sayu? Gembira? Bahagia? atau itu perkara biasa.
Lebih merumitkan bila mengkhabarkan kubur ialah tempat berpuaka dan menyeramkan sehingga Pak Cik Dam Haji pun takut melintasi ke kawasan perkuburan.

PANDANGAN 4
TAJUK: HUDUD.
Orang bertanya kepada saya berkaitan dengan hukum hudud. Saya jawab, saya bukanlah ulama atau ustaz untuk memberi jawapan bernas dalam hal ini.
Jawapan saya lagi, "saya setuju perlaksanaanya dan undang-undang sepertimana yang terkandung dalam Quran adalah segar sepanjang zaman. Namun, kaedah dan proses fahamkan orang ramai itu perlu dan usah menjadi agenda utama untuk memancing undi. Buat kerana Allah."
Kawan saya berlatar politik PAS dan BN mengangguk kepala, barangkali mereka bersetuju. Terima kasih semua sahabat.

PANDANGAN 5
Mendengar perbualan penganut Syiah yang keliru dengan akal sihatnya. "Khalifah Abu Bakar dan khalifah Umar merupakan perampas takhta, seharusnya sayidina Ali. Ali maksum." dan "solat sudah mencukupi dengan sekadar niat."
Kegilaan apakah ini? Tanah air ku dibanjiri manusia perosak. Moga mereka mendapat hidayah.


Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...