PANDANGAN 1
Zaman berubah, manusia juga berubah. Semakin kita mentakrifkan kemajuan atau kemodenan mengikut kefahaman barat, bertambah tinggi kadar nafsu kebinatangan manusia. Ya. Membunuh, mencuri, merompak, merogol, pergaulan bebas, hubungan sejenis, rasuah, penindasan dan seumpamanya menjadi lebih "maju". Kita yang akan membongkar pembangunan peradaban manusia.
PANDANGAN 2
Dracula boleh muncul dalam pelbagai watak dan perwatakan, tetapi yang pasti Dracula sememangnya wujud. Kewujudannya di percayai sebagai seorang penghisap darah yang kejam dan ganas. Maka, muncullah watak pontianak di tanah air, sebagai kepercayaan turun temurun. Di barat, filem tentang Dracula dihasilkan dengan penuh sensasi dan dramatik. Menyingkap dalam lembaran sejarah, Dracula merupakan sahabat sultan Muhammad Al-Fateh (penakluk Konstantinopel) pada usia remaja. Setelah dewasa mereka bermusuhan. Dracula seorang pemerintah yang kejam sehingga sanggup melakukan penyeksaan kepada rakyat dan tahanan tentera. Proses sula digunakan secara sepenuhnya.
PANDANGAN 3
Duit Tabung Haji digunakan. Lambang ekonomi umat Islam. Khianat rasanya melabur secara sembunyi-sembunyi. Kroni kepada kroni, kroni dan kroni serta kroni. Satu persatu kau ambil.
PANDANGAN 4
Siapa diri kamu satu masa nanti, lihat diri kamu pada saat ini. Ini bukanlah ilmu ramalan tetapi sifir yang mudah untuk kenali masa depan. Tidak perlu mencipta mesin merentas masa.
PANDANGAN 5
Membaca akhbar isu semasa. Gaji RM3500 merupakan seorang yang miskin. Bagaimana nasib mereka yang bergaji minimun RM1000. Apatah lagi kepada mereka yang bekerja dikota raya. Rumah jutaan ringgit, kos sara hidup kian meningkat dan keseluruhan melibatkan keperluan hidup. Ada yang berkata "berjimat cermat". Yang berkata itu pun merempat ditanah sendiri.
Kata saya "Ya, kita wajib bersyukur. Istillah jimat cermat boleh diletakkan kepada mereka yang mencapai tahap serba mewah dan mengatasi keperluan hidup. Istillah yang sesuai kepada mereka yang kurang pendapatan ialah berjimat sampai ke tulang kering."
PANDANGAN 6
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Itulah pesanan orang tua dulu-dulu. Kini, Kumpul Wang Sampai Pengsan (KWSP).
PANDANGAN 7
Adolf Hitler menghalau lebih kurang 20 juta yahudi keluar dari Jerman dan mereka melarikan diri ke Palestin. Palestin pula menyambut mereka seperti tetamu yang datang ke rumah. Lantas, yahudi merampas tanah Palestin untuk dijadikan negara Israel. Jika benar yahudi ingin menuntut kembali tanah mereka, seharusnya di tempat mereka dihalau iaitu di Jerman atau eropah. Yahudi sebenarnya pelarian tidak bermaruah.
Rumusan dari siaran Peace TV. Dr. Zakir Naik.
PANDANGAN 8
Dua peristiwa yang tidak pernah saya lupa. Bukan di alam mimpi, bukan juga tayangan filem atau drama, tetapi dalam sedar dan tanpa lakonan. Peristiwa disaksikan oleh pancaindera .
Pertama, melihat mayat bertukar wajah, hitam rupa paras, perut membesar, mulut dan hidung mengalir darah. Kedua, melihat sebuah kubur yang dikelilingi beberapa ekor khinzir.
PANDANGAN 9
TAJUK: TUN M dan TUGAS AKU
Tun sudah bersuara. Walaupun sinis dan pedas, ada kebaikannya. Kita hanya boleh melihat kerancakan permainan pentas politik semasa. Untuk menjadi aktivis, rasanya tidak mungkin. Banyak lagi perkara yang perlu engkau laksanakan contohnya basuh berak anak, tukar lampin anak dan mandikan anak setiap hari.
PANDANGAN 10
Harga kereta turun. Berita baik. Esok aku mahu tempah kereta Volvo 4 buah, Honda 7 buah dan BMW 10 buah, memandangkan kereta cap ayam aku pecah tayar petang tadi. Ok tak? Kah.kah. Moral: Yang kaya tetap kaya, yang miskin tetap miskin.
PANDANGAN 11
TAJUK: Hari GST. Azam Baru.
Petang yang cerah. Kepada Geng Sahabat Terbaik (GST), semoga bahagia menjalani kehidupan. Bersyukur, maka Allah mencukupkan rezekinya nanti.
Jadilah Golongan Solat Terbaik (GST) dan Golongan Solat Tahajud (GST). Maka terbina lah Golongan Sayang Tuhan (GST).
Jangan menjadi Golongan Solat Tertinggal (GST) atau Golongan Solat Terlambat (GST).