Geng Warung Pak Jabit

Selasa, 11 Januari 2011

Ustaz & Seram

Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Ahmad Puad Onah menjelaskan:
“Banyak perkara perlu diambil kira termasuk jalan cerita, pandangan dan perbincangan tokoh agama termasuk mendapatkan nasihat daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) bagi memastikan filem diterbitkan tidak lari daripada landasan ditetapkan. “Kalau orang agama tidak ditonjolkan dan dirujuk dalam filem, siapa lagi yang boleh dijadikan rujukan?,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar semalam mengenai saranan Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia (UPM) Mohd Azahari Yusuf mengenai peranan dan watak ustaz yang sering kali dipaparkan di televisyen sebagai tukang halau hantu dan jin.Mohd Azahari dipetik sebagai berkata, walaupun perkara itu bagi sesetengah orang adalah remeh, di kalangan pendakwah, watak ustaz seperti itu disalah guna dan fungsi sedemikian perlu diperbetulkan.

“Pengusaha drama dan filem sepatutnya tidak menyempitkan peranan ahli agama kerana peranan mereka adalah lebih luas, terutama dalam bertindak sebagai pendakwah dalam mengajak umat Islam melakukan kebaikan di muka bumi,” katanya.
Sementara itu Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata, pendedahan berterusan masyarakat terhadap filem atau cerita genre seram yang ketika ini dilihat begitu keterlaluan, boleh memberikan kesan buruk terhadap struktur sosial masyarakat.

Katanya, kebelakangan ini elemen dan genre seram dalam filem dan drama dilihat sudah semakin kronik serta keterlaluan dengan setiap stesen televisyen berlumba-lumba menerbitkan genre berkenaan berikutan minat dan selera penonton serta rating agak tinggi.

Sumber Asli: Berita harian, 11/1/2011, Selasa

Ulasan Sukma Bintara:

fikir la sendiri…….. watak ustaz hanya nak halau hantu dan jin je….. pas tu, cerita seram entah ape2…. kadang2 pasal roh orang mati pon boleh dikatakan hidup kembali dan mengacau org… ape ni………. kaji la dulu.. baru buat cite…… gua sokong sepertimana komen2 di atas.....

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...