Bayang-bayang tidakkan berubah, andai empunya diri dan jasadnya tidak berhijrah. Perubahan kepada nilai positif merupakan anjakan yang penting dalam kehidupan kita sebagai manusia.
*************************************
Haz melihat bayang-bayangnya, mentafsir bayang-bayang yang nampak jelas di sebalik tubuhnya. kelihatan mentari memancarkan sinarnya, mengikat penglihatan Haz untuk memikirkan lebih jauh dan lama ke dalam dirinya sendiri. Sesekali dia tersenyum sendirian melihat bayang kaki dan jari jemarinya - sungguh sempurna, tiada cacat cela ciptaanNya. Kesyukurannya tidak terhingga.
Mentafsir diri, merupakan meditasi mencapai ketenangan dan kelapangan rohani, malah memperkuatkan jasmani. Haz melihat rak bukunya yang kini telah berhabuk, disebabkan sudah lama terbiar tanpa ada satu tangan pun yang mengusik. dihampiri rak tersebut, dicapainya buku sejarah Islam, dan diteliti satu persatu.
Haz menguliti beberapa buku sejarah Ketamudunan Islam yang begitu dekat dengannya akhir-akhir ini - perjuangan Salahuddin Al- Ayubi dan tenteranya menegakkan kedaulatan Islam (syariat dan syiar). Haz mempunyai pelbagai koleksi buku di dalam kutubkhanahnya. Selain dibeli sendiri, terdapat juga buku-buku yang diperolehi daripada sahabatnya, Aiman yang sangat mencintai buku.
Apabila berada di satu takah dan fasa yang statik, malah tidak berkembang; Haz mesti memikirkan sesuatu yang proaktif. Anjakan dan perubahan yang pernah dilakukan oleh tokoh ternama iaitu, Salahuddin Al-Ayubi.
"Salahuddin Al-Ayubi tokoh dan insan pejuang bagaikan pelita yang menerangi kegelapan... Keharuman namanya menghiasi setiap bibir umat bahkan di bibir musuh-musuh Islam..... Malamnya dihiasi munajat, siangnya bagaikan singa di medan perjuangan..... Kejayaannya merampas kembali Baitul Maqdis dari tentera salib terpahat dalam lipatan sejarah... Sebagai lambang kejayaan menundukkan lawan dan musah yang kejam.... "
" Inilah perubahan....... yang diperjuangkan olehnya....... tapi, aku ? ", haz bertanya pada diri sendiri. Haz berdiri melihat kembali bayang-bayang yang seakan berlari. Mustahil sekiranya Haz berdiri, tetapi bayang-bayangnya berlari. "Aku mesti berubah - belajar daripada sejarah - memperbaiki serta mengenal kesilapan-kesilapan yang pernah terjadi.
2 ulasan :
Syukur dgn nikmat dan ujian Allah SWT~ Syukur dgn qada' dan qadar Allah SWT~ Syukur dgn kasih syg Allah SWT~ Syukur atas segala-galanya~ syukur Alhamdulillah :D~
Alhamdulillah~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~.........
Catat Ulasan