Geng Warung Pak Jabit

Rabu, 19 Oktober 2011

Warkah Siri 4: "Konvo"

Persahabatan sejati tidak akan menumpulkan pengaruh Saudaranya atau menumpulkan kerohanian Saudaranya.  Seorang sahabat sejati adalah orang yang cukup peduli sehingga ia akan menegur bila Saudara salah" (Sukma Bintara)

Alhamdulilllah... hubungan masih utuh, tidak pernah rapuh walau dikala senja berlabuh. Bukan ayat puitis tapi nukilan hati. Hubungan terjalin genap 4 tahun. Awal perkenalan dan pertemuan di Blok Napuh, Kolej Sultan Alaeedin Sulaimen Shah (KOSASS). 

**********************************
1 Year

"Wei, superman, mai lepak dulu", jelas dia yang bernama Tiger. Inilah gelaran pertama ku terima. "Nape ko panggil aku superman ?", sedikit pertanyaan ku. 

"Sebab aku tengok rambut kau kedepan cam Superman, pastu ko ni...", jawabnya. "Aku tau sebab aku....... (dalam hati: Sedikit Perasan). 

******************************
2 Year

Kami roomate. Asal bilik bersepah, akan ku tegur, taknak pendam perasaan marah. Aku suka berterus terang. Dan seorang kawan harus bertindak menegur secara (face to face),...............  bukan pendam, main umpat belakang atau sms dalam phone pada "mereka". Tu tikam belakang namanya.

Kami gaduh tak sampai 5 minit. Pastu kuar makan sama2. haha.... 

"ko nak jadi pe?"...... "aku nak jadi presiden atau PB Blok"...... ko nak jadi pe lak?"....... "Aku nak jadi Timbalan Presiden atau MTM Kebudayaan". Dialog sebelum mata melabuhkan tirainya.

**************************
3 Year

Bilik sebelah menyebelah. Bilik Single. tapi, hidup cm roomate. Minyak wangi aku di pow tiap hari. Aku pulak pow duit sen yang bertaburan dilantai biliknya. Kira adilkan......!!!!!

Impian dan angan2 menjadi kenyataan. Kami berorganisasi, (MTM & PALAPES). Hidup sebagaimana seorang yang berwawasan.  Tiada erti menyerah kalah. Kau tewas, aku bantu,..... Aku tewas, kau bantu...... Tapi kini, semua menjadi kenangan...... Ke Alam Kerjaya. Diri ini insan biasa yang ditugaskan menjadi khalifah dan Hamba.. Perjalanan ini masih panjang untuk mencari maksud sebenar "KEHDUPAN". 




2 ulasan :

AHAS berkata...

semoga ukhwah persahabatan berpanjangan yg akhi, walaupun masing2 sibuk dengan agenda dan rancangan tuk menyahut kadar kematangan diri..apa2 pun, makan mlm bersama alumni NAPUH memang bermakna, walaupun sekejpa kerana ada urusan tak dpt dielakkan..dpt berkongsi secebis pesanan dari pengalaman diri..TK..inshaALLAH kita pohon ALLAH redha dgn silaturrahim kita....:-)

Sukma Bintara berkata...

"Barangsiapa menutup rahsia saudaranya, nescaya Allah akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

"Janganlah kamu bermusuh-musuhan, jangan benci-membenci, jangan dengki-mendengki, jangan berputus hubungan antara satu sama lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara."
(Hadis Riwayat Muslim)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...