"Apakah perang yang paling utama wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab , "Engkau perangi hawa nafsumu."
*******************************************
Cerita perang ditonton, peperangan zaman ke zaman, Rom, Parsi, China purba, dan zaman Islam iaitu (Salahuddin Al-Ayubi) Kingdom of Heaven. Sengitnya peperangan kerana mempertahankan maruah, maruah termasuk agama, bangsa dan negara; yang menang menjadi penakluk terunggul, yang kalah mengibar bendera putih. Keutuhan menegakkan prinsip berpunca dari semangat yang bergelora.
*************
Cendekiawan memberi gambaran "peperangan" antara akal dan nafsu. Akal mempertaruhkan perkara yang pahit, tetapi manis akibatnya. Nafsu pula mempertahankan perkara manis, tetapi pahit akibatnya.
Tentera akal mencari pembelaan; petunjuk Tuhan adalah senjatanya. Nafsu serakah mencari perlindungan; was-was syaitan adalah perisai. Jika tentera nafsu menang, maka lenyaplah cahaya. Lantas mata hati menjadi rakus; mengejar keuntungan sementara, tetapi buta pula daripada keuntungan hakiki akibat diperdaya keseronokan yang cepat datang dan cepat hilang.
Jika tentera akal cepat sedar, semangat dan kudratnya diperbaharui lantas bertindak mengalahkan nafsu.... Maka, petunjuk Tuhan itu terbukti keampuhannya. Dengan pedoman, nescaya tersungkurlah bala tentera syaitan dan terpasunglah hawa nafsu.
Fifi seorang gadis termenung sendirian, fikirannya menerawang memikirkan akan hal akal dan nafsu, gara-gara cerita perang yang membuka minda ceteknya. Alangkah baiknya andai kita tiada nafsu, pasti akan berbuat baik sepanjang waktu.
"Ya Allah, takkan semudah itu". Dia mencapai buku yang berada di atas rak, dan terbaring di atas sofa empuk. Matanya mulai kuyu, namaun mindanya ligat berputar.
"Benar,...!!!, menjadi manusia yang berkualiti tidak semudah itu; tiada nafsu, tiada syaitan, tiada watak jahat dalam kisah hidup. Kalau berjaya melepasi halangan rintangan dan ujian, barulah diiktiraf hebat sebagai manusia. Dalam peperangan mengawal nafsu, ada 3 golongan manusia; kalahkan nafsu, kalah dengan nafsu dan perjuangan dalam peperangan nafsu".
Kalahkan nafsu, ya.. aku faham. Aku sering kali lupa. Orang yang mencapai tingkatan ilmu disertakan istiqamah dalam ilmunya pasti dirinya seorang panglima hebat, perkasa, tangkas dimedan peperangan menentang nafsu jahat dan tentera syaitan. Dapatkah aku capai ?. Tanya fifi pada diri.
Kalah dengan nafsu, ya.. aku faham. Aku sering kali lupa. Orang yang sentiasa tewas dengan hawa nafsu dan sentiasa lemas dalam pancaroba duniawi, menjadikan syaitan tempat luahan perasaan. Moga, aku menjadi seteru pada syaitan, bukan sahabatnya..!! Nekad Fifi.
Pejuang dalam peperangan nafsu, ya.. aku faham. Aku sering kali lupa. Orang yang sentiasa cuba mengawal nafsu - adakalanya dia menang, kadangkala kalah dikuasai nafsu - merekalah pejuang yang berjihad menentang nafsu. Gelora nafsu memang hebat. Kudrat badan bukan penentu kemenangan. Kuncinya adalah iman dan takwa hasil dari ilmu yang berguna.
Nabi pernah ditanya, "Apakah perang yang paling utama, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Engkau perangi hawa nafsumu."
Sabda Nabi yang bermaksud, "Bukankah orang yang gagah berani itu kerana tangkas dalam peperangan, tetapi orang yang berani adalah orang yang boleh menahan diri daripada kemarahan."
Mata yang layu, tubuh yang penat, namun akal ligat dan cergas mencari jawapan. Jawapan kadang terjawab, kadang menjadi persoalan. Dia memenangi pertempuran nafsu pada malam ini.. Bagaimana dengan hari esok?
****************
Allahuakbar !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Takbir dilafazkan, disertakan tubuh mengadap kiblat,
persembahkan diri yang kerdil padaNya.
Karya Sukma Bintara
Tiada ulasan :
Catat Ulasan