Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 31 Oktober 2011

Batu MemBakar TenTera


Mengenang kisah Abrahah …………………..
*************************************************
Setelah selesai pembinaan dikirimkan berita kepada Raja Najasyi. "Telah aku dirikan sebuah gereja, Ya tuanku! Dan aku percaya belumlah Tuanku mendirikan gereja semegah ini. Namun hatiku belum puas sebab orang Arab selama ini berhaji ke Mekah, nanti aku palingkan hajinya kegereja Tuanku ini". Berita surat ini sampai ketelinga orang Arab lalu bangkitlah seorang pemuda Arab dari qabilah Bani Faqim bin Addiy yang mana dia masuk ke tengah gereja dan diberaki didalamnya.

            Berita itu sampai  kepada Abrahah, lalu dia bertanya siapa  gerangan membuat onar ni? Diberitahu bahawa orang arab yang selalu mengunjungi Kaabah. Dia pun sangat marah dan bersumpah akan meruntuhkan Kaabah, diutuskan utusan kepada Bani Kinanah, mengajak naik haji ke gereja yang dibinanya itu. Sesampai utusan dinegeri Kinanah dibunuh utusan itu. Semakin marahnya Abrahah dan bersumpah segera berangkat ke Mekah. Dia sendiri mengenderai seekor gajah yang diberi nama 'MAHMUD'. Tersebar berita yang Abrahah akan menyerang Kaabah. Maka bermesyuaratlah qabilah-qabilah Arab untuk mempertahankan Kaabah. Pemuda Yaman ketika itu bernama Dzu Nafar meminta Arab sekitar membantu untuk menentang Abrahah. Tetapi mereka tidak mampu menangkis serangan Abrahah.

Dipendek akan cerita ramai pemimpin arab yang lain antaranya Nufail bin Habib al-Khast'amiy bergabung dengan Arab yang lain turut tewas berhadapan dengan Abrahah. Dipertengahan jalan Abrahah mengutusi seorang utusan  kenegeri Mekah. Namun utusan itu Aswad bin Maqfud sampai sahaja di wilayah Mekah, dirampasnya harta penduduk termasuk 200 ekor unta kepunyaan Abdul Mutalib. Melihat perbuatan itu marahlah puak-puak Arab terdiri dari Quraisy, orang Kinanah dan qabilah Huzail mereka bersiap untuk berperang. Tetapi apabila bermesyuarat mereka membuat kesimpulan bahawa tidakklah seimbang kekuatan mereka untuk berlawan.

Abrahah mengutuskan utusannya kepada puak Arab "Kami datang kemari bukanlah hendaklah memerangi kalian tetapi semata untuk merobohkan rumah itu. Kalau kalian tidak menyerang, selamatlah darah kalian". Kemudian Abrahah berpesan supaya salah seorang pemimpin datang menghadap beliau. Lalu datang Abdul Mutalib berjumpa dengan Abrahah. Berkata Abrahah "apa maksudmu datang berjumpa dengan ku"? Jawab Abdul Mutalib "maksud kedatanganku ialah supaya dipulangkan 200 ekor unta yang telah kamu rampas". Abrahah marah dengan permintaan tersebut disangkanya membicarakan pasal Kaabah yang hendak dirobohkannya. Dijawab oleh Abdul Mutalib "saya datang kemari menguruskan unta yang menjadi milik saya sedangkan Kaabah adalah kepunyaan Allah, biarlah Allah menjaganya". Dengan sombong Abrahah menjawab:' “Allah sendiri tidak akan mengetahui maksudku". Abdul Mutalib menjawab: “terserahlah kepada tuan, aku datang hanya menguruskan untaku". Kemudian diserahkan unta kepada Abdul Mutalib.


     Setelah Abdul Mutalib kembali kepada kaumnya dikerahkan penduduk supaya menyelamatkan diri dipuncak bukit keliling Kaabah. Kemudian Abdul Mutalib diiringi pemuda Quraisy dan pergi ke pintu Kaabah sambil memegang gelang pintu Kaabah bermohon: "Ya Tuhanku! Tidak ada yang aku harap selain Engkau! Sesungguhnya sesiapa yang memusuhi rumah ini adalah musuh Engkau. Mereka tidak akan dapat menaklukkan kekuatan Engkau". Setelah bermunajat mereka pun mengundurkan diri ke bukit.
  
          Pagi esoknya, bersiaplah Abrahah bersama gajah-gajahnya untuk meruntuhkan Kaabah. Tetapi perkara aneh telah berlaku dimana ketika mereka menghadapkan gajah-gajah untuk memasuki Kaabah, gajah tersebut enggan mengikut arahan. Dipukulnya kepala, tetap tidak mahu bergerak. Padahal Abrahah sudah siap dan terteranya pun sudah siap. Tiba-tiba dilangit keluarlah beribu-ribu ekor burung terbang menuju kearah mereka. Datangnya dari arah laut. Burung itu membawa tiga butir batu. Satu diparuhnya dan dua lagi dikakinya. Dengan serentak..... burung-burung  itu menjatuhkan batu ke atas tentera-tenteranya yang jumlahnya begitu ramai. Maka berlari bertempiaran mereka kerana ditimpa batu kecil yang sangat panas membakar. Kucar kacirlah mereka pulang ke Yaman dan Abrahah sendiri tidak terlepas dari lontaran batu itu sehingga terkelupas kulitnya, gugur dagingnya, lalu mati dalam keadaan mengerikan. Ada tafsiran yang mengatakan burung-burung itu membawa penyakit cacar. Yang mana penyakit itu akan menyebabkan kulit akan ditumbuhi bisul yang sangat panas. Dirakam peristiwa tersebut dalam surah Al-Fil.
    
Demikianlah terkenal pada tahun itu dengan tahun gajah. Sesudah 50 hari dari peristiwa tersebut maka lahirlah junjungan besar nabi Muhammad SAW.
Cerita lengkap sila lihat tafsir Al-Azhar.

2 ulasan :

Hawa Ahmady berkata...

menarik..!!!

jom join contest........

http://hawaahmady92.blogspot.com/2011/11/contest-apa-benda-tu-part-1.html

Tanpa Nama berkata...

mengapa tidak:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...