Mata terkebil-kebil memerhatikan kipas yang berputar, kadang kala dihilihatnya dinding bercat putih, kosong tanpa ada hiasan. Ditariknya selimut perlahan-lahan sampai ke paras dada. Kelihatan dirinya berfikir memecahkan tembok ruang pemikiran.
"Mengapa manusia tidak takut pada kemurkaanNya ? Mengapa manusia tidak yakin, adanya siksaan daripadaNya ? Kenapa manusia tidak menyakini ? Jika dia yakin, pasti dia beringat-ingat. Tapi mengapa manusia lupa ? Jika dikatakan lupa, mengapa tidak terus bertaubat ? Adakah jiwanya telah mati ? Atau telah menjadi mayat yang hidup tanpa sokongan roh ?".
Tapi sekiranya ditanya pada mereka, kamu inginkan syurga ? Pasti dijawabnya: "MAHU!!!!!.. Syurga neraka Allah yang tentukan, bukan kita". Di balas: "oooh... apapun, lihat jalan yang kamu tempuhi pada saat dan masa ini..... jalan ahli syurga ke atau ahli neraka ?. Mudahkan menilainya....
Namun begitulah manusia, tidak berlaku adil pada diri sendiri. Dosa tetap diteruskan tanpa sekelumit taubat, tapi cita-cita mahu sebesar gunung. Adil ke ? Bagaimana dengan nasib manusia yang taat pada perintahNya atau yang bertaubat? Pasti Allah dahulukan mereka. Allah itu Maha Adil lagi saksama.
"Aurat, bukan lagi dosa, dikatakan perkara biasa, perkara yang menjadi kebiasaan, tiada istillah pahala, apatah lagi dosa. Sering kali Haz mengenangkan rakan-rakannya, sebangsa, seagama, sejantina. Pelik......", Moga mereka diberi HIDAYAH. Amin.....
************************************
Allah berfirman dalam surah An-Nur, ayat 31: "Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka".
Perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka tidak boleh masuk syurga, serta tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian - Riyawat Muslim.
Warkah sempena Jumaat..... Wasslam.....
Tiada ulasan :
Catat Ulasan