Sering terlupa kesilapan yang pernah kita lakukan. Kesalahan tidaklah bermakna salah laku dari aspek fizikal, tetapi batin. Batin yang datangnya dari lubuk hati, iaitu kalbu. Inilah petanda hati yang berpenyakit. Hati yang perlu diubati, dirawat dengan kadar masa yang segera, supaya penyakit ini tidaklah melarat sehingga memakan daging yang suci lagi bersih. Pada bulan ramadan ini, muhasabah diri, iaitu dengan "kenal hati, akal memahami", insyaAllah kenal diri sendiri.
Serba sedikit pertanyaan untuk diri:
Akal: adakah terdapat sifat prasangka buruk pada insan lain?
Hati: ya.
Akal: adakah terdapat sifat riak/sombong walau kadar seketika ?
Hati: ya.
Akal: adakah terdapat sifat amarah dalam diri ?
Hati: ya.
Akal: Menurut imam Al-Ghazali, tanda penyakit hati antaranya memiliki ilmu yang tidak bermanfaat. Ilmu yang dimiliki tidak berguna untuknya dan tidak menjadikan lebih jauh hubungannya dengan pencipta. Kedua, mempunyai hati yang tidak pernah kusyuk semasa melakukan ibadah. Ketiga ialah memiliki nafsu yang tidak pernah kenyang.
Hati: ya.Akal: Dalam hatinya ada penyakit, lalu Allah tambahkan penyakitnya. Surah Al-Baqarah ayat 10.
Hati: ya.
Akal: Kenal diri ?
Hati: ya.
-selamat berpuasa-
3 ulasan :
good entry!
terima kasih sahabat.. Moga bulan ramadan membawa perubahan pada diri. InsyaAllah.
betul tue...akal untuk berfikir..hati untuk kita merasai...nice entry..
Catat Ulasan