Geng Warung Pak Jabit

Khamis, 5 Disember 2013

NOTA UNTUK BELIAU siri-2

"Kisah Diri Manusia Siri-2"

Watak: 
1. BELIAU
2. DIA

BELIAU seorang yang berpendidikan, namun mempunyai sikap negatif kepada sebahagian manusia. Dihukum manusia membuta tuli, tanpa bercakap atau menasihati secara berhemah dan berhikmah, tidak setanding dengan ilmu pengajian dalam bidang agama. Pernah di panggil ustaz, namun berkata tentang keburukan manusia, BELIAU lah raja. Ustaz juga manusia biasa, pasti ada salah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

BELIAU selalu bercakap mendabik dada, BELIAU lah benar dari semua aspek, malahan untuk mendengar pendapat orang lain, adalah begitu sukar. Alasannya, BELIAU mengakui mempunyai pengalaman lebih di serata dunia. Negara manakah yang pernah BELIAU terokai ? Brunei ? Indonesia ? Thailand ? atau negeri di Sabah dan Sarawak?. Semua tempat itu telah dijejaki oleh DIA.

DIA berlalu pergi, BELIAU tersenyum puasnya hati. DIA berkata untuk diri "aku bukan membenci, tetapi berhati-hati".



Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...