Watak:
1. BELIAU
2. DIA
BELIAU sering berdakwah dengan sindiran sama ada dalam ruangan sosial ataupun bersemuka. Sindiran yang dilontarkan kepada yang tidak berhak menerima nasihat darinya. Merasakan diri sempurna adalah sesuatu yang merosakkan amal dan ilmu.
DIA sekadar mendengar dan memerhati, tidak pernah sekali berhujah dengan manusia yang bersikap seperti BELIAU, risau terlihat diri berada dalam kebodohan. Senyap tidak semestinya mengalah atau menyerah, senyap boleh dijadikan kunci dalam mendidik diri untuk bersifat sabar. Bukankah senyap itu lebih baik dari mencerca dan makian.
BELIAU maniskan wajah bila bersua, masamkan muka bila sesuatu hal yang tidak memuaskan hati. BELIAU sering juga mengemas kini status dan pendapat diruangan laman sosial dengan suatu pandangan negatif kepada yang merasa, kadang-kadang menimbulkan rasa amarah mula menyirap di setiap darah si DIA. Namun, DIA tidak akan mengendahkan dan mengabaikan sahaja tindakan BELIAU. Tidak rugi berjuta dengan membiarkan dirinya.
"Tidak perlu lagi berhubung dengannya, bukan mendatangkan kebaikan, diperlawa masih beralasan" (status laman sosial BELIAU).
"Usahlah bersikap sombong dalam semua perkara, manusia bukan membenci, tetapi berhati-hati, bukan sekali terkena, sudah banyak kali terasa hati disakiti, permohonan maaf tidak pernah sekali" DIA bermonolog.
Sumber Sukma Bintara. Blogspot. Com
Tiada ulasan :
Catat Ulasan