Solat. Dirakaat kedua, terganggu solat kerana terlintas dalam fikiran bahawa aku tertinggal jam di kawasan berwuduk, hanya cincin yang dipakai.
Kata hati, "jangan berhenti solat dan takutlah kepada pencipta. Rezeki Allah tentukan".
Selesai dari solat, melihat jam telah hilang, tiada. Sedih.
"Adik, ini jam adik. Jangan terganggu solat kerna hal yang remeh". Wajah pak cik bersih dengan cahaya.
"Ya Allah, jam dapat, nasihat pun dapat. Tapi dia tahu aku terganggu dalam solat, mungkin dibaca riak wajah" Aku Bermonolog.
"Terima kasih pak cik", balas aku.
— di Masjid Al - Ridzuan, Ulu Kelang.
2 ulasan :
alhamdulillah..
YA Mrs. Eady
Catat Ulasan