Geng Warung Pak Jabit

Rabu, 11 Disember 2013

DIA Pasrah - NOTA UNTUK BELIAU siri-6

Kisah Diri Manusia Siri-6

WATAK:
1. BELIAU
2. DIA

==================================

Di pentas BELIAU lah raja, di pentas BELIAU jugalah menjadi seorang penguasa, penguasa yang ingin bertakhta dengan lama, tidak mahu kalah dan tewas walau seinci. Kata BELIAU:

"Kita akan mencapai negara maju"
"Kita dahulukan rakyat"
"Kita pastikan rakyat hidup senang"
"Kita naikkan BRIM RM1000"
"Kita dan kita dan kita dan kita"

DIA meluahkan rasa ketidakpuasan hati, malahan membengkak di jiwa, sedangkan DIA seorang penyokong kepada kepimpinan BELIAU. Kata DIA:

"Dengan mendesak rakyat membayar cukai yang melambung tinggi harganya ?" 
"Dengan kenaikan harga barang ?"
"Dengan kenaikan tarif elektrik ?"
"Dengan kenaikan tol ?"
"Dengan kenaikan minyak petrol ?"
"Dengan senarai hitam pemimjam PTPTN ?"
"Dikenakan pelbagai jenis kenaikan, walaupun, pendapatan rakyat ditahap yang lama?"
"Jangan bermain dengan kata-kata manis, 'rakyat didahulukan, rakyat yang terkena dulu' "
"Adakah BRIM dengan kadar RM1000 dapat bertahan selama 1 tahun ?" 
"Hanya yang bodoh matematik mengatakan pemberian BRIM lebih banyak dari bayaran cukai, minyak?"
"Desas desus, harga tambang pangangkutan awam juga akan naik (LRT dan monorel) disebabkan kenaikan tarif elektrik?"

Debat antara BELIAU dan DIA berakhir setelah televisyen dimatikan. DIA bingkas bangun dari sofa empuk, lalu menuju ke dapur untuk bancuh teh tarik. Balang gula di ambil, tapi, kosong, gula sudah kehabisan. Oh, sedih, tidak di beli petang tadi kerana duit sudah tidak mencukupi. DIA meluahkan perasaan buat kali kedua, "harga gula juga naik".

Nasib seorang pekerja yang bergaji di bawah RM1500. DIA mulai sedar akan keadaan ekonomi, walau hakikat dirinya sekadar memiliki sijil darjah enam sekolah rendah. DIA pasrah.

Sumber Sukma Bintara. Blogspot. Com -(Note III)

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...