Geng Warung Pak Jabit

Khamis, 19 Disember 2013

PAWANG, BOMOH, DUKUN

Perkongsian Siri - 2. "Ambil tahu lebih baik dari mengaku tahu".

Apakah itu Bomoh ? Pawang ? Dukun ?

Para pengamal perubatan Melayu umumnya dikenali dengan pelbagai nama seperti bomoh, dukun dan pawang. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa persamaan dan perbezaan antara panggilan-panggilan tersebut. 

1. Pawang ialah seseorang yang mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu, biasanya menggunakan kuasa ghaib. Pawang juga membawa makna ‘ketua’ yang menguasai sesebuah persekitaran seperti persekitaran nyata dan ghaib. Panggilan pawang dikatakan lebih meluas penggunannya di negeri-negeri Selangor, Perak, Pahang dan Johor.

2. Bomoh ialah seorang tabib yang mengubati orang sakit dengan menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi. Selain itu, bomoh juga merawat keuzuran tertentu serta mengambil berat tentang penjagaan kesihatan seseorang. Panggillan bomoh dikatakan telah digunakan oleh penduduk negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah dan Pattani (Selatan Thailand).

3. Dukun ialah seorang yang mengubat orang sakit. Contoh jenis dukun seperti Dukun Kayap, Dukun Patah, Dukun Buasir yang menunjukkan dukun tersebut mempunyai pengkhususan berhubung dengan penyakit. Dukun digunakan di beberapa tempat, termasuk negeri-negeri yang menggunakan istilah pawang dan bomoh, tetapi tetapi penggunanya adalah terbatas.

"Kesemuanya terbahagi kepada dua golongan. Pertama, golongan yang mengamalkan secara syariat Islam. Kedua, golongan yang mengamalkan secara khurafat dan syirik".



Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...