Geng Warung Pak Jabit

Khamis, 5 Disember 2013

NOTA UNTUK BELIAU siri-3

"Kisah Diri Manusia Siri-3"

Watak: 
1. BELIAU
2. DIA

BELIAU selalu berpandangan bahawa kahwin dengan orang Sabah atau Sarawak mengundang kecelakaan atau bala. Hujahnya, di Sabah masih ramai orang yang mengamalkan sihir ataupun perbomohan khurafat. 

DIA hanya diamkan diri, berfikir sejenak tentang perangai BELIAU yang bagi pendapat DIA, BELIAU seorang yang suka berfikir kolot dan pendek akalnya. Di tanah semenanjung pun, banyak golongan bomoh yang mengamalkan amalan khurafat dan tahyul, namun berselindung disebalik kopiah atau ketayap dan kain pelikat disertai janggut panjang berjela. Usah lah menghukum masyarakat di Sabah atau Sarawak secara keseluruhannya, tidak semua masyarakat di sana jahil, ada yang berpendidikan, berakhlak dan beragama Islam dengan baik.

BELIAU mungkin tersalah dalam membicarakan hal jodoh, kata BELIAU "Carilah pasangan yang beragama". 

DIA membalas "Adakah orang di Sabah dan Sarawak tidak beragama?". 

BELIAU senyap seketika, namun jiwa yang tidak mahu mengalah "Kasihanilah keluarga. Bukankah jauh dan rumit untuk urusan perkahwinan dengan orang sana ?"

DIA senyum, dalam hatinya " sejak bila BELIAU mengambil berat akan diriku ? Sejak sudah bekerjaya atau sudah diambang kedewasaan ? "

DIA menjawab, "itu urusan saya dan keluarga. Keizinan di peroleh dari Ibu dan Ayah. Allah Taala yang mencampakkan rasa bahagia pada Ibu dan Ayah. Anda siapa untuk menasihati saya jika permulaan nasihat pun bersifat negatif dan buruk. Anda tidak layak, dengan hujah dangkal anda, ia tidak memberi kesan pada saya walau sedikit pun. Malulah pada diri sendiri."

BELIAU diam. Ada juga bibit-bibit pergaduhan dimulakan. DIA senyap dan malas untuk melayan karenah diri manusia sepertinya.

Kata DIA: "aku bukan membenci, tetapi berhati-hati".




Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...