Geng Warung Pak Jabit

Selasa, 20 Mei 2014

SENI ITU HALUS, TETAPI INDAH

Dikir barat bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi di dalamnya terkandung nasihat, pujian, kritikan disebalik alunan lagu dan irama. Memahami seni bukan sekadar rupa, tetapi harus juga pada batin.

Itulah seni dan makna diri.


DARAH POLITIK

Terangganu bertukar tangan? Sungguh mudah dan senang. Apa hak penyokong? Hakikatnya organisasi yang sama. 

Akibatnya, keluar organisasi memilih bebas. Inilah politik. Jelas. 

Jangan terlebih bicara. Kain perlu disidai dan sarapan harus disediakan.


GURU TAFSIR

Berjalan kaki ke sekolah menjadi rutin harian. Kadang-kadang tumpang motosikal kawan. Waktu pagi, nasyid Asma al Husna dialunkan beramai-ramai. Lagu wajib untuk sekolah agama maahad. Sesi pelajaran pagi sudah bermula iaitu subjek tafsir.

"Nor, baca surah hafalan berserta pengertiannya", jelas guru disiplin, ustaz Zulkifli. Memberanikan diri pergi ke hadapan. Sudah tahu apa hukumannya. Pelajar lain diam membisu.

10 ayat lancar dibaca, ayat ke-11 sudah tersekat bacaannya.

"Kamu tidak hafal?", tanya guru, nada suara yang tinggi. Rotan digenggam. Aku hanya tunduk. Takut.

"paaaaaaap", rotan singgah ke bahu kanan. Sakitnya bukan kepalang.

"Keluar, kamu pergi di tengah padang, berdiri". Tiga jam berdiri dibawah sinaran mentari pagi. "Tidak mengapa, cahaya pagi mengeluarkan vitamin D. Pujuk hati yang sedang bermonolog.

Setelah sekian lama berlalu. Tahun lepas pulang ke kampung. Melihat guru yang pernah mengajar subjek tafsir membaca khutbah Jumaat. Selesai solat, guru memeluk pelajarnya dengan dakapan kasih sayang.

TERIMA KASIH GURU. SELAMAT HARI GURU.




Selasa, 6 Mei 2014

MASALAH YANG PALING BESAR

Masalah demi masalah diperkatakan oleh 'mereka' yang mempunyai masalah, antaranya masalah menanggung beban hutang peribadi, masalah mencari rumah yang mampu untuk dibayar setiap bulan, masalah mencari kereta yang mampu ditanggung oleh diri sendiri, masalah keluarga dan rumah tangga, masalah bebanan kerja yang terlalu banyak, masalah ketidakcukupan duit perbelanjaan harian, masalah kenaikan pangkat, masalah politik semasa, masalah ekonomi, dan ada yang membicarakan masalah yang disertakan dengan mengumpat serta membuka aib orang tertentu.


Jarang sekali mendengar 'mereka' membicarakan tentang masalah kekurangan iman dan takwa, contohnya bertanyakan diri kenapa aku masih leka dalam melaksanakan tuntuan yang difardukan. Dalam kalangan 'mereka' ada yang sering meninggalkan solat secara senjaga, itu lagi parah dan sakit.

Inilah sifat manusia termasuk diri aku. Hal keduniaan menjadi pokok pangkal topik yang gemar untuk dibicarakan. Keasyikan mula timbul apabila dihidangkan minuman nascafe  di depan mata, bercakap tanpa mengira masa, sedangkan keutamaan yang lain wajib didahulukan.

Kesimpulannya, bercakap berkaitan keduniaan secara berlebihan adalah suatu masalah besar. Pembaziran masa dan ketumpulan akal untuk berfikir secara waras.


KISAH 2014: Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit

"Abang sudah beli lampin iman?", tanya isteri yang sedang sibuk memasak.

"Sudah, bukan setakat lampin, susu, buku, dan...err..baju baru untuk abang pun sudah dibeli", jawabnya. 

"Banyak duit sampai boleh beli baju untuk diri sendiri", nada ketidakpuasan hati pada suami. Gara-gara baju yang dibeli bukan untuknya.

"biasalah, berkat menabung"

"tabung mana abang korek?"

"tabung lembu"

"itu tabung saya! abang tabung kapal", mukanya merah.

"oh.. abang salah tabung", senyum.

LUPA TABUNG SENDIRI.



hehe



KATA BELIA KOTA

Seorang anak muda yang bekerja di sebuah kota metropitan meluahkan rasa hati, " kekerapan pulang ke kampung dilihat dari segi kewangan. Bukan tidak mahu ziarah ibu dan ayah. Walau hakikatnya, setiap bulan kewajiban nafkah untuk mereka, bergantung pada kemampuan. Ada yang selalu memandang orang yang tidak kerap pulang ke kampung ialah seorang yang tidak mengenang jasa. Orang yang sering berkata begitu ialah seorang yang berhati busuk, dan tidak setanding dengan profesional yang mereka miliki".

Katanya lagi "sebelum mereka pulang ke kampung, perkara pertama yang difikirkan ialah perbelanjaan untuk keluarganya sendiri, jumlah bayaran minyak petrol, tol, duit kepada orang tuanya, dan lain-lain perbelanjaan".

Kawannya menjelaskan, "inilah cabaran selaku anak. Kita ada cabaran yang berbeza. Adakalanya sama. Kekerapan ziarah itu jangan bergantung pada bilangan jumlah hari. Tapi kerap itu boleh berdasarkan bulan, atau jumlah dalam setahun. Jangan disamakan dengan orang yang berada di negeri mereka sendiri, itu pun ada sebahagiannya yang tidak singgah melihat orang tuanya, jika sudah tiada keduanya, ziarahlah orang yang mempunyai ikatan saudara selepas ibu ayah. Allah tahu isi hati".



SABAR DALAM KESAKITAN

Dia memikirkan musibah yang menimba dirinya akibat difitnah sebagai penyihir. Dalam menghadapi cemuhan daripada orang yang percaya kata-kata dukun, dia begitu sabar dan sering memaafkan si pelaku. Tiada dendam. 

Katanya, "dukun yang mengubat pesakit itu sering mengamalkan cara perubatan "menurun", bacaan meragukan, berpakaian khas iaitu berwarna kuning dan berselendang. Sedangkan cara perubatan itu salah dari segi syariat Islam. Percaya kata-kata mereka, akibatnya rosak hubungan yang selama ini terjalin"

Termenung seketika.

Si tua duduk dikerusi plastik, minum air kopi panas. Nikmat katanya. "Pesakit itu pernah juga menerima rawatan daripada perawat yang mengamalkan kaedah ruqyah syariyah. Dan kata perawat itu, pesakit itu mempunyai saka belaan datuk neneknya".

Kesimpulannya, tugas syaitan ialah memutuskan tali persaudaraan dan menwujudkan permusuhan.

-Berdasarkan Kisah Benar-.



HARUMAN TANPA JEJAK

Gelagat manusia pelbagai variasi. Jika baik rupa parasnya, tidak bermakna baik budi pekertinya.

Suasana di dalam lif kondominium riuh dengan tegur sapa antara jiran tetangga. Disebelah kanan sedang mengumpat, sebelah kiri sedang debat politik, Empunya diri di tengah tengah, manakala orang yang berada dihadapan kelihatan senyap tetapi air wajahnya memberi 1001 makna.

Keputusannya....

Ya, dia melepaskan kentut di dalam lif sambil keluar lif dengan wajah bersahaja. Kesannya, orang yang mengumpat dan berdebat semuanya senyap. Penangan haruman yang menyeksakan. 


HARGA RUMAH MEMBENTUK SUASANA BERFIKIR.

"Kuala Lumpur dan kawasan yang berhampiran dengan KL iaitu Selangor mencatatkan harga rumah yang tertinggi di Malaysia. Harga rumah pangsapuri sama nilai dengan harga banglo di negeri aku", kata kawan yang berasal dari negeri Kelantan.

"Harga teres di Kuala Lumpur, bersamaan tiga buah rumah banglo di pantai timur. Teres 2.3 juta harga yang ditawarkan", kata kawan yang berasal dari negeri Terangganu.

"Kebanyakan anak muda lebih membanggakan dan mementingkan membeli kereta mewah daripada memiliki sebuah rumah, walaupun rumah kos sederhana. Barangkali rasa gah bila pulang ke kampung", jelas kawan yang berasal dari negeri Pahang.

"Harga sewa rumah pangsapuri di kawasan aku telah mencecah RM1400. Sama seperti membayar bulanan rumah banglo hak milik di negeri aku", kata kawan yang berasal dari negeri Kedah.

"Pentingnya perancangan dari mula. Tapi perlu diingat, Allah meletakkan sesuatu pada tempat yang adil. Ketepikan pendapat sinis orang yang tidak pernah melalui suasana di kota dan asyik berbangga bekerja di tempat yang jauh dari kota. Rezeki ada dimana-mana", kata kawan yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar, berasal dari Negeri Sembilan.

-Dilema belia kota-



ANDAIAN ITU BERBEZA

Melihat pasangan menaiki motosikal. Anaknya berada di tengah-tengah. Rasa simpati dengan kedaifan mereka sekeluarga. Itulah sebuah kehidupan. Bukan salah ayah dan ibunya, memang sudah ditakdirkan mereka diberikan rezeki sebanyak itu. Tahap kesenangan hati ditentukan oleh mereka. Ada yang kaya harta melimpah tidak semestinya tenteramnya hati, begitulah sebaliknya. 

Manusia ada pelbagai jenis. Ada yang mulanya berfikir dengan persepsi yang baik, dan ada yang mulakan andaian dengan sesuatu yang buruk.

Contoh:

Orang A, " kenapa kau kahwin dengan orang yang tidak ada pendapatan tetap, susah kau nanti".

Orang B, "kahwin itu satu sunnah. Pelengkap bagi menjaga maruah agama. Tetapi carilah calon yang Betul-betul baik. Kalau boleh jangan cari yang jauh dari negeri kamu".

Orang C, "kerja ini halal. Tapi kerja ini tidak menjamin masa depan. Takkan teruskan dengan perniagaan internet".

Orang D, "bersyukur dahulu apa yang diperoleh buat masa sekarang. Ingat, bahagia itu perlu dicari, tetapi tahap bahagia diri sendiri tentukan".



HAK CIPTA TERPELIHARA




KENA MARAH atau KENA SINDIR ?

Sedang memandu kereta dikawasan pejabat untuk mencari parkir. Pada masa yang sama telefon bimbit berdering, dilihat nama "Umi" tertera di skrin telefon cap ayam. Ini mungkin panggilan penting. Dijawab, "assalamualaikum umi. Saya sedang cari parkir kereta, nanti saya telefon umi".

Umi balas, "baik.. Umi rindu kamu, menantu umi dan cucu umi, itu sahaja. Nanti telefon umi ya". Perbualan terhenti.

Pulang ke rumah dengan tubuh yang lesu. Tertidur di atas sofa sampai ke subuh. Tiba-tiba teringat janji dengan umi.

Segera menelefon umi dan memohon maaf, balas umi, "meme payoh dih cari parkir di kolo lumpor dih"

Menantu umi tertawa.


PERBEZAAN ITU PERLU TAPI BERHATI-HATI.

Kita memperakui perbezaan itu adalah suatu ciri dan sifat manusia sekali gus merupakan fitrah manusia. namun dalam Islam, ada perkara yang tidak wajar lagi dipersoalkan akan ketekalan hukumnya. 

Dalam masa yang sama Islam sangat terbuka dan memberi ruang kepada manusia itu bereksperisi menurut kesesuaian tempat dan masa. Oleh itu, ada perkara yang dilonggarkan menurut kesesuaian. 

Sekian.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...