Metro: 19/05/2011 (Khamis)
JOHOR BAHRU: Terpedaya dengan muslihat seorang bomoh yang mendakwa mampu mengembalikan harta arwah nenek moyang mereka yang dikatakan bernilai RM2.8 juta, lapan beradik kerugian RM62,285 yang dibayar kononnya sebagai zakat dan kos upacara meraikan ‘mahaguru.’
......................................
Mangsa, Nazri Mohd Noor, 40, berkata, bomoh berusia 37 tahun itu licik menipu dia dan tujuh adik-beradiknya yang lain termasuk mengadakan satu ‘demonstrasi’ khas kemampuannya mengembalikan sebahagian daripada harta bernilai RM2.8 juta itu dalam bentuk wang tunai.
........................................
“Kami berkenalan dengan lelaki itu melalui seorang rakan pada 27 Mac lalu dan tertarik dengan keistimewaannya, antaranya mampu melihat dan berkomunikasi dengan pemegang amanah alam ghaib.
.......................................
“Lelaki yang tinggal di Masai itu memberitahu sudah tiba masanya keluarga kami memiliki kekayaan nenek moyang kami yang keseluruhannya bernilai RM2.8 juta dan dia mampu menukar harta itu dalam bentuk wang tunai untuk kami.
.....................................
“Bagaimanapun, kami terlebih dulu perlu membayar wang ‘zakat’ RM53,000. Selepas berbincang, kami adik-beradik setuju membenarkan lelaki itu mengadakan upacara menzahirkan duit berkenaan di kampung kami di Kelantan, pertengahan April lalu,” katanya kepada Harian Metro.
......................................................................................................
...................................................................................................
Kritikan Sukma Bintara:
....................
Bomoh…. Ya, bomoh,… bermula dari peradaban Melayu sehingga sekarang, masih tidak putus-putus menggunakan khidmat bomoh. Dan pokok pangkalnya, manusia yang masih jumud dengan kepercayaan ini, meletakkan dasar agama islam pada tangga yang paling bawah.
Setelah sedia maklum, hukum berjumpa dengan dukun/bomoh/tukang tilik adalah haram disisi Islam. Tetapi, mengapa perkara ini masih berlaku? Salah siapa? Salah diri sendiri. Ya.., salah diri sendiri.
Lihatlah bukti dibawah:
Barang siapa yang mendatangi tukang tilik dan ditanya mengenai sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 hari (Riwayat Muslim)
...............................
Bukti Kedua:
.........................................
Barang siapa yang datang kepada tukang ramal atau bomoh lalu percaya kepadanya dengan apa yang dikatakannya maka ia benar-benar telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. (Hadis riwayat Ahmad)
Yang kena “kelentong” dengan si bomoh, terimalah padahnya. Sendiri buat, sendiri tanggung. Tidak perlu simpati. Melainkan mangsa ragut, dirogol, dirompak dan seumpama yang perlu dikasihani, kerana mangsa ini, dianiya dan dizalimi. Manakala yang jumpa bomoh/dukun, anda bukan dizalimi tetapi menzalimi diri sendiri.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan