"Tukang tilik atau bomoh hampir sama. Pertama Kahim, kedua Ar-rof hampir sama. Mengetahui sebab apa yang berlaku, dimana berlaku, siapa yang lakukan. Haram mempercayai kata-kata mereka, malah menjadikan syirik jika mempercayainya".
.......................................................................................
Lihat rakaman di bawah:
...................................................................
Memang tidak kita nafikan, pertumbuhan aktiviti perbomohan semakin hari semakin berkembang di serata tempat, di kampung, di bandar, malah ada yang menubuhkan istitusi / tempat rawatan di sesetengah kawasan. Perkhidmatan rawatan juga banyak diiklan di media cetak dan elektronik. Cuma, carilah rawatan yang berlandaskan syariat Islam.
Bomoh atau nama manjanya "ustaz", ustaz yang bertopengkan kesyirikan, sering kali kita terpesona dan mempercayai akan kata-kata mereka. Padahal, merekalah penabur fitnah yang paling popular. Contohnya:
..................................................................................................................
Kisah Benar 1:
"kamu ni disihir.... orang yang menyihir kamu ialah keluarga kamu sendiri"...... inilah perkataan bomoh atau dikenali ustaz.
Dan, pokok pangkalnya, siapa penyampai berita kepadanya? siapa yang berikan maklumat padanya? siapa? siapa? pasti anda tahukan.... tidak lain tidak bukan iaitu khadamnya (Jin) yang menjadi sahabat mereka ataupun rekaan semata-mata untuk mendapatkan perhatian,ini pasti menimbulkan pergaduhan.
Seharusnya, kita selidiki, bukan percaya keseluruhan kata-kata mereka. Kesannya, rosak institusi kekeluargaan,kerana FITNAH menjadi perkara biasa!
.......................................................................................................................
Kisah Benar 1:
"Kerana telah diseru, saya jumpa dengan roh ayah kamu, katanya dia sihat / dia diseksa/ dia hadir depan saya tadi", jelas bomoh "ustaz".
Komen sukma "roh ialah urusan Allah! Bagaimana menyeru roh sedangkan ia urusan Allah ? bodohnya yang mempercayainya.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan