Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 31 Oktober 2011

Batu MemBakar TenTera


Mengenang kisah Abrahah …………………..
*************************************************
Setelah selesai pembinaan dikirimkan berita kepada Raja Najasyi. "Telah aku dirikan sebuah gereja, Ya tuanku! Dan aku percaya belumlah Tuanku mendirikan gereja semegah ini. Namun hatiku belum puas sebab orang Arab selama ini berhaji ke Mekah, nanti aku palingkan hajinya kegereja Tuanku ini". Berita surat ini sampai ketelinga orang Arab lalu bangkitlah seorang pemuda Arab dari qabilah Bani Faqim bin Addiy yang mana dia masuk ke tengah gereja dan diberaki didalamnya.

            Berita itu sampai  kepada Abrahah, lalu dia bertanya siapa  gerangan membuat onar ni? Diberitahu bahawa orang arab yang selalu mengunjungi Kaabah. Dia pun sangat marah dan bersumpah akan meruntuhkan Kaabah, diutuskan utusan kepada Bani Kinanah, mengajak naik haji ke gereja yang dibinanya itu. Sesampai utusan dinegeri Kinanah dibunuh utusan itu. Semakin marahnya Abrahah dan bersumpah segera berangkat ke Mekah. Dia sendiri mengenderai seekor gajah yang diberi nama 'MAHMUD'. Tersebar berita yang Abrahah akan menyerang Kaabah. Maka bermesyuaratlah qabilah-qabilah Arab untuk mempertahankan Kaabah. Pemuda Yaman ketika itu bernama Dzu Nafar meminta Arab sekitar membantu untuk menentang Abrahah. Tetapi mereka tidak mampu menangkis serangan Abrahah.

Dipendek akan cerita ramai pemimpin arab yang lain antaranya Nufail bin Habib al-Khast'amiy bergabung dengan Arab yang lain turut tewas berhadapan dengan Abrahah. Dipertengahan jalan Abrahah mengutusi seorang utusan  kenegeri Mekah. Namun utusan itu Aswad bin Maqfud sampai sahaja di wilayah Mekah, dirampasnya harta penduduk termasuk 200 ekor unta kepunyaan Abdul Mutalib. Melihat perbuatan itu marahlah puak-puak Arab terdiri dari Quraisy, orang Kinanah dan qabilah Huzail mereka bersiap untuk berperang. Tetapi apabila bermesyuarat mereka membuat kesimpulan bahawa tidakklah seimbang kekuatan mereka untuk berlawan.

Abrahah mengutuskan utusannya kepada puak Arab "Kami datang kemari bukanlah hendaklah memerangi kalian tetapi semata untuk merobohkan rumah itu. Kalau kalian tidak menyerang, selamatlah darah kalian". Kemudian Abrahah berpesan supaya salah seorang pemimpin datang menghadap beliau. Lalu datang Abdul Mutalib berjumpa dengan Abrahah. Berkata Abrahah "apa maksudmu datang berjumpa dengan ku"? Jawab Abdul Mutalib "maksud kedatanganku ialah supaya dipulangkan 200 ekor unta yang telah kamu rampas". Abrahah marah dengan permintaan tersebut disangkanya membicarakan pasal Kaabah yang hendak dirobohkannya. Dijawab oleh Abdul Mutalib "saya datang kemari menguruskan unta yang menjadi milik saya sedangkan Kaabah adalah kepunyaan Allah, biarlah Allah menjaganya". Dengan sombong Abrahah menjawab:' “Allah sendiri tidak akan mengetahui maksudku". Abdul Mutalib menjawab: “terserahlah kepada tuan, aku datang hanya menguruskan untaku". Kemudian diserahkan unta kepada Abdul Mutalib.


     Setelah Abdul Mutalib kembali kepada kaumnya dikerahkan penduduk supaya menyelamatkan diri dipuncak bukit keliling Kaabah. Kemudian Abdul Mutalib diiringi pemuda Quraisy dan pergi ke pintu Kaabah sambil memegang gelang pintu Kaabah bermohon: "Ya Tuhanku! Tidak ada yang aku harap selain Engkau! Sesungguhnya sesiapa yang memusuhi rumah ini adalah musuh Engkau. Mereka tidak akan dapat menaklukkan kekuatan Engkau". Setelah bermunajat mereka pun mengundurkan diri ke bukit.
  
          Pagi esoknya, bersiaplah Abrahah bersama gajah-gajahnya untuk meruntuhkan Kaabah. Tetapi perkara aneh telah berlaku dimana ketika mereka menghadapkan gajah-gajah untuk memasuki Kaabah, gajah tersebut enggan mengikut arahan. Dipukulnya kepala, tetap tidak mahu bergerak. Padahal Abrahah sudah siap dan terteranya pun sudah siap. Tiba-tiba dilangit keluarlah beribu-ribu ekor burung terbang menuju kearah mereka. Datangnya dari arah laut. Burung itu membawa tiga butir batu. Satu diparuhnya dan dua lagi dikakinya. Dengan serentak..... burung-burung  itu menjatuhkan batu ke atas tentera-tenteranya yang jumlahnya begitu ramai. Maka berlari bertempiaran mereka kerana ditimpa batu kecil yang sangat panas membakar. Kucar kacirlah mereka pulang ke Yaman dan Abrahah sendiri tidak terlepas dari lontaran batu itu sehingga terkelupas kulitnya, gugur dagingnya, lalu mati dalam keadaan mengerikan. Ada tafsiran yang mengatakan burung-burung itu membawa penyakit cacar. Yang mana penyakit itu akan menyebabkan kulit akan ditumbuhi bisul yang sangat panas. Dirakam peristiwa tersebut dalam surah Al-Fil.
    
Demikianlah terkenal pada tahun itu dengan tahun gajah. Sesudah 50 hari dari peristiwa tersebut maka lahirlah junjungan besar nabi Muhammad SAW.
Cerita lengkap sila lihat tafsir Al-Azhar.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Warkah Siri 6: "Tiada Gusar, Tiada Endah"

Mata terkebil-kebil memerhatikan kipas yang berputar, kadang kala dihilihatnya dinding bercat putih, kosong tanpa ada hiasan. Ditariknya selimut perlahan-lahan sampai ke paras dada. Kelihatan dirinya berfikir memecahkan tembok ruang pemikiran. 

"Mengapa manusia tidak takut pada kemurkaanNya ? Mengapa manusia tidak yakin, adanya siksaan daripadaNya ? Kenapa manusia tidak menyakini ? Jika dia yakin, pasti dia beringat-ingat. Tapi mengapa manusia lupa ? Jika dikatakan lupa, mengapa tidak terus bertaubat ? Adakah jiwanya telah mati ?  Atau telah menjadi mayat yang hidup tanpa sokongan roh ?".

Tapi sekiranya ditanya pada mereka, kamu inginkan syurga ? Pasti dijawabnya: "MAHU!!!!!.. Syurga neraka  Allah yang tentukan, bukan kita". Di balas: "oooh... apapun, lihat jalan  yang kamu tempuhi pada saat dan masa ini..... jalan ahli syurga ke atau ahli neraka ?. Mudahkan menilainya....

Namun begitulah manusia, tidak berlaku adil pada diri sendiri. Dosa tetap diteruskan tanpa sekelumit taubat, tapi cita-cita mahu sebesar gunung. Adil ke ? Bagaimana dengan nasib manusia yang taat pada perintahNya atau yang bertaubat? Pasti Allah dahulukan mereka. Allah itu Maha Adil lagi saksama.

"Aurat, bukan lagi dosa, dikatakan perkara biasa, perkara yang menjadi kebiasaan, tiada istillah pahala, apatah lagi dosa. Sering kali Haz mengenangkan rakan-rakannya, sebangsa, seagama, sejantina. Pelik......", Moga mereka diberi HIDAYAH. Amin..... 

************************************
Allah berfirman dalam surah An-Nur, ayat 31: "Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka".

Perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka tidak boleh masuk syurga, serta tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian - Riyawat Muslim.



Warkah sempena Jumaat..... Wasslam.....

Warkah Siri 5: "PePeranGan Utama, & Terhebat"

"Apakah perang yang paling utama wahai Rasulullah?"
 Baginda menjawab , "Engkau perangi hawa nafsumu."

*******************************************
Cerita perang ditonton, peperangan zaman ke zaman, Rom, Parsi, China purba, dan zaman Islam iaitu (Salahuddin Al-Ayubi) Kingdom of Heaven. Sengitnya peperangan kerana mempertahankan maruah, maruah termasuk agama, bangsa dan negara; yang menang menjadi penakluk terunggul, yang kalah mengibar bendera putih. Keutuhan menegakkan prinsip berpunca dari semangat yang bergelora.

*************
Cendekiawan memberi gambaran "peperangan" antara akal dan nafsu. Akal mempertaruhkan perkara yang pahit, tetapi manis akibatnya. Nafsu pula mempertahankan perkara manis, tetapi pahit akibatnya.

Tentera akal mencari pembelaan; petunjuk Tuhan adalah senjatanya. Nafsu serakah mencari perlindungan; was-was syaitan adalah perisai. Jika tentera nafsu menang, maka lenyaplah cahaya. Lantas mata hati menjadi rakus; mengejar keuntungan sementara, tetapi buta pula daripada keuntungan hakiki akibat diperdaya keseronokan yang cepat datang dan cepat hilang.

Jika tentera akal cepat sedar, semangat dan kudratnya diperbaharui lantas bertindak mengalahkan nafsu.... Maka, petunjuk Tuhan itu terbukti keampuhannya. Dengan pedoman, nescaya tersungkurlah bala tentera syaitan dan terpasunglah hawa nafsu.

Fifi seorang gadis termenung sendirian, fikirannya menerawang memikirkan akan hal akal dan nafsu, gara-gara cerita perang yang membuka minda ceteknya. Alangkah baiknya andai kita tiada nafsu, pasti akan berbuat baik sepanjang waktu. 

"Ya Allah, takkan semudah itu". Dia mencapai buku yang berada di atas rak, dan terbaring di atas sofa empuk. Matanya mulai kuyu, namaun mindanya ligat berputar. 

"Benar,...!!!, menjadi manusia yang berkualiti tidak semudah itu; tiada nafsu, tiada syaitan, tiada watak jahat dalam kisah hidup. Kalau berjaya melepasi halangan rintangan dan ujian, barulah diiktiraf hebat sebagai manusia. Dalam peperangan mengawal nafsu, ada 3 golongan manusia; kalahkan nafsu, kalah dengan nafsu dan perjuangan dalam peperangan nafsu".

Kalahkan nafsu, ya.. aku faham. Aku sering kali lupa. Orang yang mencapai tingkatan ilmu disertakan istiqamah dalam ilmunya pasti dirinya seorang panglima hebat, perkasa, tangkas dimedan peperangan menentang nafsu jahat dan tentera syaitan. Dapatkah aku capai ?. Tanya fifi pada diri.

Kalah dengan nafsu, ya.. aku faham. Aku sering kali lupa. Orang yang sentiasa tewas dengan hawa nafsu dan sentiasa lemas dalam pancaroba duniawi, menjadikan syaitan tempat luahan perasaan.  Moga, aku menjadi seteru pada syaitan, bukan sahabatnya..!! Nekad Fifi.

Pejuang dalam peperangan nafsu, ya.. aku faham. Aku sering kali lupa. Orang yang sentiasa cuba mengawal nafsu - adakalanya dia menang, kadangkala kalah dikuasai nafsu - merekalah pejuang yang berjihad menentang nafsu. Gelora nafsu memang hebat. Kudrat badan bukan penentu kemenangan. Kuncinya adalah iman dan takwa hasil dari ilmu yang berguna. 

Nabi pernah ditanya, "Apakah perang yang paling utama, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Engkau perangi hawa nafsumu."

Sabda Nabi yang bermaksud, "Bukankah orang yang gagah berani itu kerana tangkas dalam peperangan, tetapi orang yang berani adalah orang yang boleh menahan diri daripada kemarahan."

Mata yang layu, tubuh yang penat, namun akal ligat dan cergas mencari jawapan. Jawapan kadang terjawab, kadang menjadi persoalan. Dia memenangi pertempuran nafsu pada malam ini.. Bagaimana dengan hari esok? 

****************
Allahuakbar !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Takbir dilafazkan, disertakan tubuh mengadap kiblat,
 persembahkan diri yang kerdil padaNya.

Karya Sukma Bintara

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...