Geng Warung Pak Jabit

Selasa, 28 Jun 2011

Ilmu dan PemiKiRan

Seharian kepenatan diubati dengan zikrullah iaitu ingat pada Allah. Ada ketika manusia lupa akan semua ini malah sering kali manusia mempertikaikan tentang masa, diberikan alasan kerja yang banyak sehingga mengabaikan soal mencari ilmu yang wajib dituntut, iaitu ilmu untuk mengenal Allah dan rasul (Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w).


Ilmu perlu dicari, bukan menanti buah jatuh keriba, atau menunggu rezeki datang bergolek. Ianya perlu dicari berserta usaha yang tiada erti penat, dan disulami dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Pernah suatu ketika, si fulan mengatakan "kau bolehlah bercakap tentang agama, sebab kau minat akan agama". Jawapan penulis: "Minat??? apakah semua ini? kamu meletakkan minat sebagai hujah yang sungguh dangkal dalam mempersoalkan kepribadianku... Sedangkan menuntut ilmu agama itu adalah suatu kefardhuaan bagi seorang yang bergelar muslim. Maksud fardhu ialah wajib, wajib dituntut dan ditunaikan (disampaikan dan menyampaikan).

Pernah suatu ketika si polan menyatakan, "nanti sampai seru (hidayah) aku akan berubah, sekarang ni slow-slow la". 

Balas rakannya, "Hidayah diertikan sebagai petunjuk, dan hidayah itu diperolehi dengan usaha mencari, kesannya, terbuka pintu hati untuk mendapat cahaya yang terang menerangi. Bukan hanya sekadar menunggu sambil bergoyang kaki, tanpa usaha untuk mengejar ilmu".

10 ulasan :

Ahmad Hazazi (cool n steady :-) ) berkata...

Itulah kita, insan=pelupa, hidayah itu perlu diusahakan mencari, sebuah hadith sahih yg diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari rahimahullah,

"Muawiyah berkhutbah, bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda, "Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan maka Allah faqihkan dia terhadap agama. Aku (Nabi s.a.w.) hanyalah menyampaikan sedang Allah yang memberi. Sebahagian dari umat ini akan tetap berpegang teguh pada agama Allah, tidak ada yang dapat mempengaruhinya sampai hari kiamat nanti."

Ada 3 isi penting dalam hadith ini:

1)berkaitan dengan ilmu, dimana orang yang mendalami agama Allah akan selalu mendapat kebaikan.Hadith ni jugak menunjukkan bahawa agama Islam lebih utama dari yg lain itu yg dinamakan fardhu=WAJIB,kerana Islam itu adalah satu proses kehidupan, Al-Quran sebagai guru utk mentarbiyah hati dan jiwa, hadith nabi sbg guru mengajar setiap inci kehidupan dari ibadah khusus dan umum

2)Allahla yg memberikan segalanya kepada kita

3)Nabi s.a.w. menerangkan bahawa akan sentiasa ada segolongan/sekumpulan umat Islam yang akan tetap berpegang teguh dengan kebenaran, yakni agama Islam.

cuba kita hayati satu firman Allah:

Katakanlah, '"Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?' Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran"
-Surah Az-Zumar, ayat 9-

Boleh disimpulkan bahawa Allah menyuruh kita berfikir membezakan haq dan bathil menurut quran dan sunnah..


Pohon maaf atas ulasan, jika tidak jelas,ulasan ini hasil pembacaan aku, dari beberapa sumber spt buku,blog dll..

Allahumma faqihu fiddin..

Sukma Bintara berkata...

ni baru bguih~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ kongsi ilmu... hehehee.. ni asyik like dlm fb je... hehe

Nor Hazlina berkata...

Mmg Cool n Steady abis la Ahmad Hazazi ni.. Sincerely pendgr setia~

Sukma Bintara berkata...

puji ahmad je!!!!! hahahahah... waccccaaaa.... hahaha

Ahmad Hazazi (cool n steady :-) ) berkata...

Kak Haz dan Para2 sakura normal..belanja saya laksa, kemudian.stemboat kat mardi.sambil2 makan kita buat usrah hehehe...cepat2..lapa ni

Sukma Bintara berkata...

prof.... xbaik minta gan org yang bgaji ciput... prof gaji bergantang2... tgk badan la.. heheheheheh

Ahmad Hazazi (cool n steady :-) ) berkata...

gantang apa? gantang beras adalah..tak baik tau suruh tgk badan..sihat ni..heheheh

Sukma Bintara berkata...

hahahah..... adakah ari ni prof puasa lg????????????? haha..... asyik mkn free masjid je.. hehe.. rezeki....

Nor Hazlina berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nor Hazlina berkata...

Bole..bole..xde hal..bile2 pon wokey.. steamboat mardi sounds good~ huhuhu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...