Aku berbual sambil bertanya tentang hukum merawat, bacaan, kesalahan niat, dan penggunaan atau cara yang dilakukakan dalam rawatan. Sambil berkongsi pendapat, aku bertanya kepadanya tentang kebenaran kewujudan Penanggal.
AKU: siapakah penanggal ? Adakah dia golongan syaitan/jin?.....
Badrul: penanggal adalah istilah yang digunakan dalam masyarakat Nusantara kita sejak dari zaman berzaman. Tidak dinafikan, penanggal pada suatu ketika memang wujud. Penanggal ialah seorang manusia yang kufur dan syirik kepada Allah SWT atau dalam erti kata lain, seorang yang mengamalkan ILMU HITAM.
AKU: apa yang menyebabkan beliau mengamalkan ilmu itu ?
Badrul: ilmu itu digunakan untuk mengekalkan kecantikan, menaikkan seri wajah kelihatan jelita, untuk hidup lama. Syarat yang dipersetujui dengan syaitan, mesti dipatuhi, tidak mengira apa syarat sekalipun tapi yang pasti amalan yang menyimpang dari landasan agama Islam.
AKU: adakah si penanggal masih wujud?
Badrul: setakat ni, masih tidak dengar lagi kemunculan penanggal, tapi yang pasti, cara khurafat masih banyak lagi di amalkan, seperti golongan bomoh atau pawang. Sekarang, orang yang ingin mengekalkan kecantikan bukan lagi mengamalkan syarat ilmu penanggal, tetapi dengan penggunaan susuk emas, susuk berlian, susuk gangsa, susuk perak dan pelbagai.
AKU: ok la. Kau dah solat dan mandi??
Badrul: belum.
AKU: sembang mengalahkan Raja Bomoh!! tung, tang je bercakap. Ketiak kau dari tadi lagi meruap masuk dalam hidung aku ! pergi la mandi dan solat.
Badrul: keh.keh.
6 ulasan :
Balan-balan~~~~
siapakah balan-balan???? adakah nama pggilan karipap???? haha
wei~wei~wei~
gue bukan golongan itu...
Nauzubillah....
hahahaha..... xkata karipap balan-balan.... hehehe....
ohhhh.... balan2 adalah nama bg penanggal gak....
mane la sukma tau~~~~ hehehehe
hhahahaha......ape laa........
hehe.... adeh.. sory... mane tau balan2 tu istillah untuk si penanggal tu..
Catat Ulasan