Seorang pesakit terbaring di atas katil wad hospital, memerhati dengan sayu terhadap jiran-jiran mereka yang sama-sama menghuni hospital tersebut. Dia melihat rakan-rakannya sering dikunjungi oleh sanak saudara dan sahabat handai, setiap pengunjung itu datang membawa pelbagai buah tangan yang enak untuk pesakit.
Pesakit yang seorang ini hatinya terlalu hiba, kerana sepanjang dia menghuni hospital itu, sudah bertahun-tahun lamanya tidak seorang pun yang datang menziarahinya, kalau-kalau ada orang yang sudi datang menjenguknya, tetapi hampa.
Ketika dia sedar betapa hidupnya sebatang kara, walaupun dia mempunyai anak dan saudara mara, tetapi anak-anaknya serta kaum kerabatnya tidak ambil peduli nasib orang yang terlantar di hospital sudah begitu lama.
Selepas para pengunjung itu beredar dari menziarahi jirannya iaitu pesakit seperti dia, dengan linangan air mata dia memikirkan nasibnya. Hati kecilnya berkata, “ alangkah bertuahnya nasib jirannya itu, seringkali diziarahi oleh sanak saudara. Setiap kali mereka berkunjung, berbagai oleh-oleh dan buah tangan dibawa bersama, alangkah bahagianya mereka.
Dia mengeluh sendirian mengenangkan nasib malangnya yang menimpa dirinya, walaupun dia menanti kehadiran orang yang simpati terhadap nasibnya, namun tidak seorang pun yang sudi datang mengunjunginya. Yang datang hanya jururawat atau doctor yang membawa ubat yang pahit-pahit atau suntikan yang menyakitkan.
“Di kubur nanti, aku pesakit yang berjiran di katil sebelah di dalam wad., mereka saling memerhatikan keadaaan jirannya yang di sebelahnya, ada diantara mereka yang dikunjungi dan menerima buah tangan, tetapi tidak kurang juga mereka yangt terus kesepian tidak menerima sebarang kunjungan”, Jelas lubuk hatinya berserta titisan mutiara dipipinya.
Mata hanya mampu memandang kipas yang berputar, kadang-kadang diperhatikan tiang yang teguh berdiri,……. “Ya Allah… kurniakan aku anak yang soleh….. Ya Allah kurniakan aku nak yang soleh….. Ya Allah, Kurniakan aku anak yang soleh… Ya Allah, Kurniakan aku anak yang soleh……….. Inilah harta yang berharga buatku….. Bagi yang tidak memiliki anak yang soleh, ibarat orang yang telah berusia tua dan terlalu uzur, sehingga tidak lagi dapat berusaha, dan lebih malang lagi hidupnya ketika itu. Semata-mata bergantung kepada bekalan yang tidak mencukupi”, jelas hatinya.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Karya Lubuk Hati~~~ Sekian.... wassalam.
Karya Lubuk Hati~~~ Sekian.... wassalam.
2 ulasan :
LIKE~
t.ksh shabat~~~~
Catat Ulasan