Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 7 Mac 2011

" MahlUk TiDak BeJisiM "

Semalam… balik dari ronda-ronda blok Napuh... mata mula layu…. terlelap 4 minit je…. tiba-tiba terasa tubuh gua diganggu oleh makhluk yang tidak berjisim…. terasa sakit jasad gua…. Apakah ini??? mengapa???? adakah ini ujian kehidupan…. Sesungguhnya hanya Dia yang lebih Mengetahui.
 ..................................
Akal mula berfikir…  sebelum tidur, gua tiada persediaan sebelum tidur… baca ayat suci Al-Quran pun tidak… Mengucap 2 Kalimah syahadah pun tidak.…… Al-Quran penyembuh penyakit…. penawar segala racun berbisa…. dan yang paling utama, dibaca untuk kesedaran diri sendiri, bahawa, Allah sebagai pencipta yang Maha Berkuasa, tiada tolak bandingnya.


Sebenarnya membaca Al-Quran dengan iktikad bahawa bacaan ini boleh menghalau syaitan adalah menyalahi akidah Islam dan ini amat selari dengan hadis Nabi Muhammad SAW berikut:
 .................................................................................
Diriwayatkan daripada Yusair bin Amr katanya: Aku bertanya kepada Sahl bin Hunaif: Adakah engkau pernah mendengar Nabi s.a.w menceritakan tentang Khawarij? Sahl menjawab: Aku mendengarnya sambil menunjuk dengan tangannya ke arah timur. Suatu golongan membaca Al-Quran dengan lidah mereka, tetapi tidak sampai ke otak mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan. Al Bayan: 584 - Hadis Sahl bin Hunaif r.a.
 ...................................................
Perlu dingat…… Membaca Al-Quran dengan iktikad bacaan ini mampu menghalau syaitan, perbuatan ini telah merosakkan akidah lalu mensyirikkan Allah dan orang syirik sebenarnya telah terkeluar dari Islam. Menghalau syaitan hanya semata-mata kuasa dan bidang kerja Allah SWT dan bukannya kuasa kekuatan dari Ayat atau bacaan Al-Quran.

………………………………………………………………………………………….. Alhamdulillah…. dapat tidur dengan tenang….. segala perbuatan / perlakuan / Pertuturan / Pemikiran…… Allah sentiasa bersama hambanya.. Wassalam……

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...