Manusia dianugerahkan akal… akal berfungsi sebagai pusat untuk berfikir… berfikir secara yang tersurat dan tersirat, namun .. akal juga terbatas dalam mencari jawapan yang benar-benar pasti. Dengan itu, manusia dikurniakan hati… hati yang dapat merasai… menilai…. Menghayati…. Maka, terjawaplah persolan akal yang berhadapan dengan kebuntuan……
Gambar Original Dari Sukma.. Lokasi: PD. Tema: Berlabuhnya Senja.
Sekujur tubuh duduk bersila diatas kerusi, memandang awan yang semakin redup, angin petang dapat dirasai…… “Allah huakbar…. Allah huakkar.. Asyahaduala ilahaillah…. Asyahaduala ilahaillah…”, lauangan azan berkumdang di angkasa.
“Ya… Allah…. Besarnya kalimahMu, NamaMu, kekuasaanMu”, kata hatinya dengan keadaan mata yang berkelip-kelip.
Gambar Original Dari Sukma.. Lokasi: PD. Tema: Titisan Kalbu.
Akalnya mengingatkan pesanan bermakna dari seorang guru, sewaktu dirinya pernah menuntut pelajaran Akidah suatu ketika dahulu…. Katanya,… “Manusia tidak luput daripada salah, khilaf dan dosa. Namun sebaik-baik orang yang berbuat salah dan dosa adalah mereka yang cepat kembali kepada Allah seraya memohon ampun kepada-Nya”,….. jelasnya lagi…………..
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah itu adalah orang yang melakukan dosa kerana kebodohan dan kekhilafan mereka. Lalu mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka itulah yang diterima taubatnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)
"Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw seraya berkata, ”Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?” Rasulullah saw menjawab,”Ya, akan ditulis.” Lelaki itu bertanya lagi,”Bagaimana jika aku bertaubat?” Rasulullah saw menjawab,”Akan dihapus.” Lelaki itu bertanya lagi,”Bagaimana jika aku mengulangi lagi?” Rasulullah saw menjawab,”Akan ditulis.” Lelaki itu bertanya lagi,”Ya Rasulullah, bagaimana kalau aku bertaubat?” Rasulullah saw menjawab,”Akan dihapus.” Lelaki itupun berkata,”Ya Rasulullah, sampai bilakah Allah akan menghapus dosa?” Rasulullah saw menjawab,”Allah tidak akan bosan memberi ampunan sampai kalian bosan meminta ampun.” - (HR Thabrani dan al-Hakim)"..........
p/s: Allah Mengetahui Segala Isi Hati....
Sekian………….. Wassalam…….
Tiada ulasan :
Catat Ulasan