Geng Warung Pak Jabit

Khamis, 10 Mac 2011

SaYa dan Ijab KaBuL



Semalam…… ronda dan melilau kat masjid….. Lama sgt x jejak kaki kat situ…. Malu gak… biasanya kat surau…. Time dulu kala, masa baru akil baligh, boleh dikatakan tiap hari gua dok masjid…. Datang menyembang je pun….. Jumpa member sekaki dan sebulu, sembang topik hangat untuk diperdebatkan… … kadang pas solat… pegi laksanakan hobi.. Main tumbuk menumbuk kat blakang masjid… datang imam, terus kena rotan bertalu-talu.. Berbekas kat blakang gua……. Sbb masa  tu suke sangat jadi kepala dalam group….

Kaki dah kat tangga masjid…… gua tgk….. Ya Allah….. Allah jemput gua datang sini…. Sampai  situ, solat Magrib berjemaaah dah habis… adus…. Tpaksa la solat sesorang… bukan salah imam…. Salah gua sbb datang lewat…. Kul 7.45 baru gatal datang masjid…

Setel je solat 3 rakaat…. Gua duduk…. Sambil termenung, datang seorang lelaki tua memberikan ku senaskhah kitab fekah… dalam buku dipenuhi hadis dan hukum dalam Islam. Gua jadi terfikir sejenak…. “ Ni semua kemurahan dan Kasih Sayang Allah...., mencampakkan gua ke tempat sebegini… sepatutnya, kitab fekah itu mesti diberikan kepada murid-muridnya. Tapi mengapa gua.. dah la ptama kali datang masjid ni,??? Setahu gua.. Orang yg menerima kitab secara rasmi ditangan..., diterima sebagai murid”….

Gua tengok diri sendiri… dari tapak kaki sampai ke paras  dada…. Orang lain pakai nak pg masjid… tapi gua pakai cm nak kuar jejalan pasaraya… tibai sluar jeans levis thailand berwarna hitam , baju berwarna klabu asap bergambar mentol… rasa nak tergelak je sesorang… cm budak rempit yang baru kenal sejadah je rasa… tapi…. Selagi menutup aurat dan sopan…. X kan salah…

Sesi perbincangan fekah bermula…………………………………

“Hari ni bab Perkahwinan……. buka muka surat 82….”, jelas ustaz tu pada khalayak yang memiliki kitab…. yang xde buku hanya mendengar. “hah…. kahwin…. sedapnya bab ni… nak.. nak…. dgr….”, balas hati gua dengan sungguh2… hanya Allah yang tau isi hati lelaki cm gua.. hehe.

“Kat sini…. ustaz tau semua dah berumah tangga… tidak mengapa jika belajar ilmu seperti ni, biarpun kamu semua dah kahwin… kamu boleh ajar anak cucu nanti tentang bab hukum perkahwinan, pahala juga kamu semua dapat… x kan sia-sia..”, Jelas ustaz tu dengan yakin. “Tapi ustaz, saya belum kahwin lagi, x kan x cam wajah orang bujang seperti saya”, luah jiwa bujang gua… he2.

Huraian panjang lebar…… Dalil al-quran, hadis, rujukan imam dan banyak lagi… dan huraiannya juga dalam konteks semasa…… last2 petikan Al-Quran:

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." 
(Surah An-Nahl: ayat 72)

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."(Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49)

Habis solat insyak….. Gua sengih2…. Happy semacam… wasslam….selamat Lunch~~

2 ulasan :

KasutKaripap berkata...

oooooooooooo............

AKU berkata...

hahahahahahahaah... apa yg oooooooooo karipap????????? hahahahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...