Dalam meniti kehidupan, sering kali kita terlupa, lalai dan leka. Apa yang dirasai sebelum ni mungkin pernah dirasai, apa yang belum dikecapi sebelum ini, mungkin sudah dikecapi.
Dahulu, hati mengatakan "Inilah suatu nikmat yang sejati". Namun, musnah disebabkan ia angan-angan disiang hari. Pada saat ini, ia tidak perlu dicari kerana ia datang tanpa disedari. Inilah petunjuk buat hati. KuasaNya yang menyatukan hati ke hati
TaJuK: Mata Hati
Mata pancaindera anugerah Ilahi
Melihat… memandang…. Memerhati…
Penuh keasyikan kemesraan, namun,ia bukan mata hati….,
Yang memandang kebenaran hakiki.
Dalam senyum… ada tangisnya…..,
Dalam tangisnya ada gelak tawa..,
Semua silih berganti……
Ibarat siang berganti malam…
Malam berganti siang…,
Esok…….
Sinar mentari menerjah pelusok bumi…
Sinar pagi tidak sama dengan sinar sebelum ini.
Begitulah hati, pribadi…. Dari yang lebih terkini..
Bernilai disisi Ilahi.
4 ulasan :
mata hati??? ni tiru tajuk sy ni...
heheheheh~~~ ye ke karipap..... eh... karipap ada tajuk entri ni gak ke??? mane?? mane?? hehehe.. tunjukkan!!!
ade kot...puisi gue...yg bertajuk mata hati..
hahahahahah..... ye ke.... adus.... ya... gua bayar royalti kerana ambil tajuk karipap.. hahaah
Catat Ulasan