Geng Warung Pak Jabit

Khamis, 24 Mac 2011

PeNdAmPiNg MaLaM : MiStiK Alam ReALiTi

Alam mistik seperti yang difahami oleh semua orang ialah alam yang dihuni oleh makhluk lain selain manusia seperti jin, syaitan dan bunian. Peristiwa jin menyerupai manusia sudah kerap kita semua dengari, tidak mustahil kerana makhluk ini boleh menyerupai pelbagai rupa seperti menyerupai serangga dan binatang contonya anjing, ular, jengking, dan sebagainya.  

Setengah pendapat mengatakan, alam mistik seperti ini telah menjadi suatu yang realiti kerana telah disaksikan dengan mata pancaindera manusia. Ada manusia yang dibuka hijabnya kerana didampingi saka keturunan, kerasukkan, ataupun sememangnya anugerah. Itu bukan bidang kepakaran penulis. 

Pernahkan kita semua membaca artikel dari majalah mastika yang mengisahkan tentang seorang pemuda yang berkunjung ke alam bunian. Alam bunian yang dimaksudkan ialah alam jin. Ada yang menerima jampi serapah dalam mimpinya, ada yang menerima cincin geliga, tongkat dan keris yang boleh dibuat bahan mengubat oleh dukun dan bomoh. Apa yang pasti, ilmu yang diperoleh dari mimpi bukanlah suatu kesahihan ilmu. Berhati-hati. Sedangkan berjumpa bomoh dan dukun yang mengamalkan khurafat juga tidak diterima solat selama 40 hari, seperti mana hadis rasulullah s.a.w.

"Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara, lalu dia membenarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama 40 hari". (hadis Muslim)




Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...