Geng Warung Pak Jabit

Ahad, 31 Oktober 2010

Salju Cinta


Dunia ini tempat persinggahan, bukan tempat tinggal abadi. Manusia di dunia ini terbahgi kepada dua, pertama ialah orang menjual dirinya kepada hawa nafsu dan musnah kerananya. Kedua ialah manusia yang membeli dirinya dan mampu membebaskannya. (Imam Ali bin Abi Talib).

Kita sering tersenyum bahagia, namun hati kita gambarannya. Oleh kerana sikap hormat, keterpaksaan dalam suatu pekerjaan dan kerana harta, kita sering berlakon untuk terus tersenyum walau hati kita sering menjerit pilu. Terlalu mudah bagi kita untuk mengorbankan harga diri pada sesuatu yang kita inginkan hingga kita lupa soal hati yang menjerit meminta pertimbangan. Ya, kita selalu mengenakan topeng di wajah kita sendiri.

Marilah kita menyelami kenyataan bahawa ramai yang tewas dalam pertempuran melawan diri. Inilah hakikat kehidupan sebahagian dari kita. Adakalanya pilihan hati dan jalan yang dipilih agak mengelirukan. Hal ini di ibaratkan tuntutan hati menguasai tuntutan akal. Kita sering mengejar kemewahan dan kesenangan yang adakalanya kita tahu ianya bakal menghancurkan kita jika disalahgunakan. Kerja, rumah tangga dan masyarakat hanyalah fenomena sampingan dalam kehidupan kita dalam mengejar kekayaan tersebut.

Hakikatnya, ramai yang tenggelam dalam usaha dan kerja namun tidak merasa tenang dengan kehidupannya. Mengapa ini terjadi? Mungkin ia berpunca dari masalah psikik dan rohani atau penjiwaan dan pemahaman kehidupan itu sendiri menyebabkan manusia sering berasa tidak puas dengan apa yang dimilikinya. Atau mungkin juga disebabkan oleh sifat tamak semulajadi seseorang itu dalam mengejar harta untuk memenuhi nafsu meterialistik.

“pilihan tidak semestinya terjadi, ianya sebagai jalan dan sebenarnya jalan keterpaksaan inilah yang telah dipilih sendiri!” “ hentikan lakonan, janganlah hipokrit yang menyeksa diri. Pilihlah jalan hidup yang mampu memberi ketenangan bagi kita di dunia dan akhirat. Inilah ungkapan dan kata hati Balqis, seorang wanita  Johor yang bekerja sebagai penolong pengurus disebuah kilang elektronik.

Balqis menyendiri dan termenung keseorangan, tiada teman disekelilingnya. Waktu sebegini memang asyik baginya, dan dia mengambil peluang keemasan bagi mentafsirkan kehidupannya. Sepuluh minit berlalu, datang seorang pemuda, Aiman nama gelarannya, yang juga rakan sekerjanya. Aiman menatap wajahnya yang seketika duduk di hadapannya. Ada garis kegundahan di wajahnya. Garit-garit kesedihan jelas terbayang di wajahnya. Suaranya agak susah untuk diluahkan. Akhirnya Aiman yang memulakan bicara, bicara yang merupakan pertanyaan.

Aiman: “Balqis, mengapa ni? Saya melihat kamu memikirkan sesuatu yang membebankan kamu? Jelaskan kepada saya, andai saya dapat bantu kamu.”

Balqis: Emm..biasalah Aiman,entahla, inilah cabaran hidupku yang perlu ku tempuhi. Ada waktu ketikanya kita suka dan duka, gembira dan sedih. Kegembiraan yang dirasai mungkin sewaktu bekerja, bersama rakan-rakan serta gembira boleh mencari wang dari hasil titik peluh sendiri, tidak lagi mengharapkan pemberian orang tua. Itulah yang mengembirakan saya. Tapi Aiman, tak nafikan disebalik senyuman kegembiraan ada juga yang membuatkan hati saya gundah dan terseksa. Apapun, semua harus ditempuhi, kan Aiman?

Aiman: Saya sudah mendengar masalah yang kamu hadapi. Tapi jadilah diri kamu yang sebenarnya. Usah takut akan hal kebenaran. Usah difikirkan soal desakan atau paksaan, jangan dibiarkan hati memberontak dengan keadaan bibir kamu mungukir senyuman, perteguhkan jiwa dan hati kamu dalam membuat keputusan. Balqis, jangan gusar dalam meneruskan kehidupan ya! Adakalanya, masalah dan ujian itu menjadikan kita lebih tinggi darjatnya disisi Allah. Apa jua yang kamu rungkai di benak fikiranmu, pasti Allah lebih memahami dan mengerti, Dia yang mencipta kamu, dari alam roh kita telah bersaksi dihadapan Allah dengan perjanjian dan keterikatan kita menjadi hamba Allah yang taat setia padaNya.

“Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allah kesudahan segala urusan.” (Surah Luqman: 22)

Karya ringkas sukma. Masa:11.51 malam

5 ulasan :

Kasut Karipap berkata...

balqis wanita sabah ea....hahahahhaha~

Sukma Bintara berkata...

hihihihihi... trase ke?? org sabah gak ke? kekeke

Kasut Karipap berkata...

"inilah cabaran hidupku yang perlu ku tempuhi"...kene byr royalti ni..haha

Sukma Bintara berkata...

hahaha... ayat Kasut Karipap ker??? haha

muhammad izzat berkata...

bereh....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...