Kisah bermula pada hari jumaat, iaitu penghulu segala hari. Hari jumaat yang mewajibkan semua muslimin menunaikan solat jumaat. Tepat pada pukul 1.00 tengh hari, berpusu-pusu manusia hadir ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Tepat pada pukul 1.20 tengahari, menandakan masuk waktu solat. “Allahuakbar....allahuakbar, Ashadualailahaillah 2×, Ashahaduannamuhamadul rasulullah 2×,............... Lailahailallah”, laungan bilal dengan lantang dan bertenaga. Sungguh beruntung si bilal kerana dipilih menjadi salah seorang penghuni syurga. Dunia dapat akhirat pun dapat keuntungannya.
Selesai sudah azan dilaungkan, berdirilah muslimin untuk menunaikan solat sunat jumaat. Rupa-rupanya, saat itu ada 3 kategori solat yang didirikan.
Dot... Dot..... Dot...... Dot....
Pertama: Solat sunat jumaat. Mengapa ia didirikan? Sebab ia solat sunat yang dikerjakan sebelum solat jumaat dilaksanakan. Mengandugi pahala yang cukup istimewa. Namun, terdapat individu yang mendirikannya kerana terpengaruh dgn orang sekeliling atau orang disebelahnya. Dibuat secara ikhlas atau merasa malu ? Tanyalah hati.
Kedua: Terdapat sebahagian jemaah yang mendirikan solat sunat tahiyatul masjid. Mengapa beliau tidak mendirikan solat sunat jumaat setelah selesainya azan pertama? Alasannya ialah beliau datang lewat ke masjid.
Ketiga: Terdapat sebahagian jemaah mengambil kesempatan untuk mendirikan solat subuh yang ditinggalnya pagi tadi. Solat Qadar Subuh. Tetap dua rakaat. Alasannya ialah lebih baik mendahulukan solat wajib daripada melaksanakan solat sunat.
RENUNGAN:
Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat.
Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.
Allah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadan.
Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).
Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan